Tuesday, February 19, 2013

Jangan khuatir terhadap sesuatu yang belum terjadi

Takdir adalah rahsia. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada kita. Oleh sebab itulah kita harus berusaha. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang bakal berlaku kepada kita.

Bayangkan jika kita mampu melihat masa hadapan. Bagi yang melihat masa depannya sesuatu yang baik bagi dirinya, sudah tentulah dia tidak perlu bertungkus-lumus berusaha lagi kerana dia pasti akan mendapat yang baik. Persoalannya bagaimana pula yang melihat masa depannya yang tidak baik?  Sudah pasti orang ini akan patah semangat dan sebagainya.

Mimpi merupakan suatu petunjuk . Ada yang hanya mainan tidur dan ada juga yang benar. Mimpi yang benar diberikan oleh Allah kepada orang-orang tertentu sebagai tanda rahmat dari Allah. Dengan mimpi juga seseorang itu berpeluang mengubah nasibnya yang mungkin buruk pada masa hadapan kepada sesuatu yang baik.

Kita tidak boleh mempercayai ramalan  mimpi 100%. Perkataan ramalan itu sendiri sudah menunjukkan bahawa ianya sesuatu yang tidak pasti. Kita hanya boleh menjadikan ramalan mimpi sebagai pedoman untuk kita melakukan sesuatu.

Sejauh mana hebatnya gerak hati yang kita miliki, jika Allah mengatakan tidak, maka sudah pasti apa yang kita rasai itu tidak akan terjadi. Wallahu'alam.

http://goo.gl/3WkmC
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: