Sunday, April 7, 2013

Kasihku seru...

Aku angankan kau menjadi permaisuriku. Malah mereka juga penah mengesyaki hubungan kita. Tetapi mengapa kau tiba-tiba berubah? Tak pernah pun kau beritahu ku. Atau kau sememangnya begitu semenjak kali pertama kita berjumpa, tidak pernah suka kepada aku.

Rupanya naluri ku benar, kau sememangnya hanya ingin menduga ku. Kenapa semua perempuan yang pernah ku kenal begitu? Atau mungkinkah aku tersilap? Mungkinkah mereka telah memfitnah dan memburuk-burukkan diriku di hadapanmu? Lalu kau menjadi tawar hati dan terus berpatah arang dari ku?

Segalanya tidak bermakna lagi. Kau telah menjadi sebahagian dari diriku. Bayanganmu dan masa silam ini sukar untuk ku hapuskan. Berbanggalah kau....berbanggalah. Sampai bila-bila! Kau ku seru, HAHAHA!!!

banner
Previous Post
Next Post

0 comments: