Tuesday, June 25, 2013

Semua orang berbakat. Mampu berhujah, tidak gentar dan berani menyuarakan pendapat. Aku? Aku hanyalah seorang lelaki yang dibayangi ketakutan masa lalu. Aku trauma dengan apa yang pernah berlaku. Bagaimana sifat biadap manusia, dilayan dengan buruk sejak kecil. Aku jadi tidak yakin dengan diri-sendiri.

Perubahan memerlukan pemangkin atau pendorong yang mendorong aku untuk berubah. Lebih lama pemangkin atau pendorong itu mengambil masa untuk tiba, lebih teruk jati diri aku ini. Aku teramat sedih. Aku rasa sangat malu untuk berbicara atau meluahkan pendapat. Mungkin si barua itu yang menjadikan aku macam ni. Aku tak redha kau barua. Kau anjing.

Suatu hari nanti, semua akan tersingkap. Aku tak perlu lagi bersusah payah seperti aku sekarang. Dan waktu itu penyesalan tiada lagi nilai.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: