Sunday, May 12, 2019

LIRIK LAGU JALUR GEMILANG




Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa merdeka Semarak jaya kami warganya Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat Jalur gemilang… di bawah naunganmu Jalur gemilang… kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur gemilang… megah kami terasa Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan Merah putih biru kuning Jalur semangat kami semua Berkibarlah Berkibarlah...Jalur Gemilang!!

Thursday, March 7, 2019

Benarkah Melayu malas?

Pertama sekali jika kita melihat dari segi dominan atau majoriti sesuatu bangsa, sudah tentu lah Melayu berada di ranking paling atas. Namun bagaimana pula dari segi tahap kerajinan sesuatu bangsa? Benarkah Melayu bangsa yang malas?

Sebelum meneruskan perbincangan, mari kita buat sedikit perbandingan di antara bangsa-bangsa yang ada di seluruh dunia. Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pecahan bangsa yang agak besar pecahannya. Ini adalah berbeza jika kita buat perbandingan dengan negara seperti China, Korea, negara-negara Arab ataupun Jepun. Negara-negara ini dari segi ekonomi adalah negara-negara yang pada suatu ketika dahulu merupakan negara yang berteraskan ekonomi penggunaan sumber manusia berbanding ekonomi sumber kewangan. Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai U.S adalah negara yang berteraskan ekonomi sumber kewangan.

Suatu masa dahulu, ketika di awal pasca kemerdekaan, iaitu di dalam tahun 70-an. Ekonomi negara Korea adalah jauh ketinggalan berbanding Malaysia. Jika digunakan pembangunan sukan sebagai kayu ukur ekonomi, sememangnya kelihatan sukan tanah air dan ekonomi pada ketika itu mempunyai kaitan yang rapat. Sebagai contoh, kemenangan Malaysia ke atas pasukan Korea dan juga pasukan Arsenal, berlaku di dalam era 70- an tersebut.

Negara Korea pada ketika itu terlibat di dalam perang dengan Amerika Syarikat sehingga terpisahnya negara tersebut kepada bahagian utara dan selatan, seperti yang ada sekarang. Namun begitu, ketika menjengah ke tahun 80-an dan seterusnya, ekonomi Korea Selatan yang ketinggalan kepada Malaysia pada ketika itu terus membangun dengan pesatnya sehingga seperti yang kita ketahui sekarang pada ketika ini. Persoalannya, apakah yang berlaku kepada ekonomi Malaysia? Bagaimana begitu cepatnya ekonomi Korea Selatan yang terlibat di dalam kancah peperangan pada suatu ketika, bangkit dan terus menewaskan ekonomi kita? Apakah faktornya?

Seperti yang diterangkan pada awal tadi, ekonomi negara-negara di dunia adalah berdasarkan ekonomi kewangan ataupun ekonomi sumber manusia. Namun begitu, di manakah pula kedudukan ekonomi Malaysia? Sejak bila pertama kali anda mendengar orang Pakistan berniaga di Malaysia? 80-an? 90-an ataupun pada alaf baru ini? Orang Pakistan telah lama berkerja di Malaysia sejak sebelum kedatangan pekerja asing Bangladesh lagi, seperti yang kebanyakan anda baru ketahui, terutamanya kepada mereka yang lahir di era tahun 90-an. Mereka telah berhijrah dan bekerja di Malaysia sejak sebelum tahun 80-an lagi. Malah fakta menunjukkan bahawa kedatangan mereka bersamaan dengan kedatangan bangsa-bangsa lain yang di bawa oleh tentera British ke tanah Melayu. Lalu, apakah tahap kemahiran bangsa ini? mahir, separuh mahir, ataupun tidak mahir?

Negara-negara membangun seperti Jepun, Korea, Taiwan dan sebagainya kebanyakannya menggunakan modal manusia rakyat tempatan atau dengan kata lain, menggunakan tenaga kerja bangsa sendiri. Rakyat tempatan ini pula kebanyakannya terdiri daripada mereka yang mahir, rajin, serta mempunyai ilmu pengetahuan untuk mencipta teknologi. Jika nisbah pekerja kurang mahir berbanding pekerja mahir adalah tinggi, maka kadar pembangunan sesebuah negara tersebut akan perlahan.

Persoalan yang ditimbulkan sekarang, mengapa kerajaan mengambil pekerja asing sejak dari kerajaan British sehingga ke masa kerajaan sekarang? Adakah kerana kurangnya penglibatan bangsa sendiri di dalam membangunkan ekonomi negara? Adakah kerana bangsa sendiri tidak mahu bekerja? Adakah Melayu malas?