BILA AKU MENULIS...

Beberapa saksi mendakwa, kejadian aneh seperti kemunculan UFO, penculikan beribu-ribu kanak-kanak di USA sekitar tahun 1990-an ada kaitan dengan eksperimen gila yang dilakukan oleh kerajaan US pada waktu itu di Montauk.Sbagai pertukaran kerana memberikan kanak-kanak tersbut, alien memberikan teknologi mereka kepada kerajaan US.Antara teknologi canggih yang didapati oleh US adalah seperti pesawat juang mereka yang seperti 'hilang' dan tidak dapat dikesan radar musuh,dan bermacam-macam lagi penciptaan lain termasuklah internet yang kita guna sekarang.Bukan sekadar memberi teknologi, malah alien juga telah menyebabkan teknologi-teknologi ini mempunyai keburukan seiring kebaikan yang datang bersama penciptaan-penciptaan ini.Akhirnya stesyen di Montauk dibiarkan begitu sahaja setelah kerajaan US 'membiarkan' alien-alien tersebut menculik kanak-kanak tersebut dan sehingga kini tidak diketahui akan nasib kesemua kanak2 malang ini.Eksperimen ini walaupun dirahsiakan akhirnya diketahui juga oleh orang awam dengan berbagai Teori Konspirasi dilakukan.Kisah ini telah dijadikan drama dalam siri X-files di mana agent Fox Mulder memegang watak sebagai penyiasat dalam misi mencari misteri kehilangan kakaknya Samantha sewaktu beliau kanak-kanak.Beliau bernasib baik kerana tidak diculik kerana alien ini hanya memilih kanak-kanak tertentu sahaja untuk diculik.Fox Mulder berada di tempat kejadian sewaktu penculikan berlaku tetapi tidak dapat mengingati peristiwa tersebut dengan jelas.Pasangan penyiasat yang bergandingan dengannya ialah agent Dana Scully.

Ulasan