Fakta menarik berkenaan hari jumaat

Hari Jumaat padaku mempunyai keistimewaan yang sangat besar. Salah satu tanda kebesaran Allah yang aku perhatikan pada hari Jumaat adalah jarang sekali turunnya hujan waktu tengahari. Walaupun dalam seminggu tu boleh kata hari-hari hujan, bila tiba saja hari Jumaat, hujan seakan mendengar arahan penciptaNya supaya tidak menyukarkan urusan umat Islam yang hendak beribadat menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut.

Keistimewaan yang kedua yang aku perhatikan pada hari Jumaat adalah berlaku di kawasan tempat tinggal aku. Untuk ke masjid, penduduk berdekatan tempat tinggal aku terpaksa menyusur di bahagian tepi lebuh raya. Mujur kami dapat menyusur berlawanan dengan arus trafik, jadi bolehlah kami melihat arah kenderaan-kenderaan yang datang melalui di lebuh raya tersebut. Walaubagaimanapun ketika pulang, banyak kenderaan berpusu-pusu keluar dan ketika ini ke semua aliran trafik adalah sehala. Keistimewaan atau rahmat Allah kepada hambaNya yang aku hendak ceritakan di sini adalah, tidak pernah pula kedengaran berlaku sebarang kemalangan seperti orang dilanggar atau melanggar ketika pulang dari sembahyang Jumaat walaupun keadaan jalan yang sempit dengan kereta yang parking di bahu-bahu jalan. Begitulah istimewanya hari Jumaat yang dapat aku perhatikan sepanjang aku harunginya setiap minggu di tempat tinggal aku ni.


Ulasan