Kelemahan orang perempuan yang paling ketara




Sebenarnya aku ni bukan pandai sangat nak berbicara mengenai orang perempuan. Apa yang aku tau adalah kebanyakannya adalah melalui observation aku saja. Kelemahan ketara orang perempuan. Ape korang rasa tentang kelemahan orang perempuan? Bagi aku la kan, kelemahan diorang yang paling ketara adalah 'terlalu menyayangi sesuatu' .

Sesuatu yang dimaksudkan di sini tak kiralah samada orang ataupun benda. Ini yang banyak menjadi masalah sebenarnya. Tidak salah untuk menyayangi sesuatu tetapi berpada-pada lah. Eh, rase macam dah penah buat entry pasal ni? Ye ke? Tak ingatlah. Tapi kalau buat lagi pun apa salahnya. Aku hanya ingin menyampaikan sesuatu. Kalau korang rasa bermanfaat ambillah ia, jika tidak ,anda boleh abaikan.

Orang perempuan yang aku selalu tengok diorang ni terlalu sayangkan benda-benda yang berkaitan dunia. Contohnya adalah seperti wang, barang kemas, atau apa-apa sahaja yang disukainya. Begitu juga dalam bab cinta, kalau dia dah suka seseorang lelaki tu, memang dia sayang sangat lelaki tu . Bertuah kan orang lelaki?  Bertuah la kalau laki tu pun sayang dia jugak hehe..

Tapi kan, sayang sangat kepada sesuatu tu kalau tak dikawal akhirnya akan memudaratkan diri sendiri. Sini aku list kan kesan dan akibat jika terlalu menyayangi sesuatu secara terlampau :

1 ) Jika anda (perempuan) sayang seseorang dan tiba-tiba seseorang itu pergi dari hidup anda. Tentu anda akan mengalami tekanan perasaan yang hebat. Bagaimana anda nak adapt dengan situasi begitu jika sebelum ni anda terlampau sayang orang tersebut?

2 ) Begitu juga dengan benda, jika ia hilang ataupun musnah. Sama la jugak halnya seperti yang di atas

dan...

Dalam Islam pun kita tidak seharusnya menyayangi sesuatu itu melebihi Allah dan Rasul. Mesti ada sedikit ruang dalam hati kita untuk Allah dan Rasul. Ini supaya kita lebih cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Tetapi ia juga suatu pilihan. Soal hati anda tiada siapa yang tahu. Tetapi jika kita sering mengingati Allah dalam apa jua keadaan, insyaAllah suatu hari jika kita ditimpa dugaan yang terlalu hebat,Allah akan ingat kepada kita pula. Ingatlah bahawa setiap yang ada di dunia ini semuanya milik Allah dan tidak akan kekal. Semua benda akan musnah dan setiap manusia akan mati.

P.S : Walaupun ada yang dah sedia maklum tentang apa yang aku sampaikan ini, anggaplah apa yang aku sampaikan ini sebagai suatu peringatan semula. Kerana manusia harus saling ingat mengingati , agar kita semua tidak mudah lupa apa yang pernah kita pelajari.

Ulasan

  1. ye ke ? tp saya xmcm tu.
    nice sharing

    BalasPadam
  2. thanks, nice sharing. :)

    follow back :)

    BalasPadam
  3. setuju..sometimes, ada wanita yang sanggup menahan sakit dan sedih, asalkan orang yang dia sayangi bahagia walaupun dengan dia =), nice sharing

    BalasPadam

Catat Ulasan