Kisah aku dan sayangku baru-baru ni

. Aku dan sayangku menuju ke rumah lamaku. Aku ingin mengambil dokumen peribadi aku di dalam rumah lama ku itu. Tiba-tiba sayangku penat tercungap-cungap. Sayangku tak dapat meneruskan lagi perjalanan. Aku cuba memimpin sayangku kerana orang terlalu ramai di belakang. Aku khuatir sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap sayangku. Tidak lama kemudian, tenaga sayangku pulih. Kami pun sampai ke rumah lamaku akhirnya.

Selepas mendapatkan ke semua dokumen-dokumen, kami pun meninggalkan rumah lama ku itu. Ia tidak akan ku duduki lagi kerana aku akan berpindah. Tiba-tiba sayangku mengadu kepenatan lagi sekali. Dia muntah-muntah, kemudian sayangku terus pengsan. Aku panik seketika. Aku terus mencari orang bagi meminta pertolongan. Aku tinggalkan sebentar sayangku di suatu tempat. Aku sampai di sebuah bangunan yang besar. Aku mencari-cari orang untuk meminta pertolongan. Namun aku hampa kerana tiada seorang manusia pun di situ.

Aku kembali ke tempat aku tinggalkan sayangku. Aku memanggil-manggil sayangku. Akhirnya dia sedar. Kami meneruskan perjalanan kami dan berharap agar sayangku dapat bertahan sebelum kami tiba ke destinasi agar sayangku dapat berehat dan makan. Syukur, kami selamat tiba di destinasi. Aku dan sayangku makan dan minum. Kemudian aku bawa sayangku berehat di sebuah tempat penginapan.

Keesokan harinya, kami keluar bersiar-siar. Kami bersiar-siar di sebuah pesta. Orang tersangat ramai. Tiba-tiba seseorang yang berbadan gempal telah melanggar sayangku di pipinya. Sayangku menjerit kesakitan. Aku melihat sayangku lebam di pipinya. Lebam sayangku tidak benjol seperti biasa, tetapi melengkung ke dalam. Kesian aku tengok keadaan sayangku. Lelaki gempal yang melanggar sayangku terus berlalu begitu saja. Nama lelaki gempal tu Mr. Mercedes.




Ulasan