Tuesday, April 16, 2013

Kau menganggu fikiranku lagi

Hari ni kau berubah lagi. Mengapa? Mereka juga ingin memiliki mu. Dan kau sedar akan kebenaran itu.

Dulu aku pernah merasai perasaan yang hampir sama, seperti yang aku rasakan padamu sekarang. Namun betina itu mungkin hanya ingin menguji perasaan ku. Sekarang kau pula. Adakah kau juga akan mengulangi apa yang betina itu pernah lakukan padaku?

Terus-terang lah padaku. Agar aku tahu. Aku boleh dikecewakanmu, tetapi ia mengambil masa untuk pulih. Dan setiap kali hatiku disakiti, aku akan semakin keras hati. Aku menjadi manusia yang penting kan diri.

Aku tahu itu bukan masalahmu. Tetapi tidakkah boleh kau berterus terang saja padaku? Itu lebih mudah. Jika ditakdirkan ianya pahit, sedaya upaya akan ku telan jua. Kerana aku sudah terbiasa,....


Cuma pintaku, jangan lah kau sakiti hati ku. Dia sahabat ku. Takkan kau sanggup lakukan itu . Tidak kan?
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: