Sunday, April 21, 2013

Kerisauan aku

Seriously aku memang risau. Sejak aku berenti cari makan dulu, datang pulak rezeki tak di duga. Rezeki kali ni adalah kerja. Aku sangat berharap dengan kerja tu sebab sesuai sangat dengan kelayakan aku. Tapi yang aku heran, kenapa tuhan tak takdirkan aku kerja tu? Aku bukannya muda lagi. Dah la dulu pun aku asyik kandas je. Masa asyik terbuang. Kecewa sangat....

Sejak tu aku memang rasa macam nak give up. Tup tup, dapat lagi kerja yang sesuai. Eksekutif. Bunyi memang hebat. Aku pun pegi interview. Tercungap-cungap nak sampai ke sana. Tinggi punya tempat. Sakit jiwa. Lebih sakit bila aku keluar dari bilik interview. Panel tu dah tunjuk yang dia tak dapat terima aku. ...

Pastu aku semakin lemah, terus lemah. Sampai sekarang..

Aku mula 'bercakap' dengan tuhan. Kenapa Dia tak mau bagi aku semua rezeki-rezeki yang ada tu? Kalau tak nak bagi, kenapa suruh aku buat macam-macam seolah-olah macam nak bagi tapi sebenarnya tak. Rasa macam takdir mempermainkan aku. Kemudian aku macam 'terdengar' tuhan berbicara. ' Kalaulah semua kerja yang kau mintak langsung tak dapat untuk kau menapak kaki selangkah, nanti kau ingat semua yang kau lakukan sia-sia. At least Aku bagi juga sedikit atas hasil usaha kau"

banner
Previous Post
Next Post

0 comments: