Kasih ku seru PT 2

Kenapa kau hancurkan hati ku? Tahukah kau betapa hidupku hilang arah selepas pemergianmu? Pernahkah kau fikir tentang itu? Hinggakan aku berdendam dengan kaum sejenismu. Tahukah kau betapa buruknya akibat itu? Tahukah kau bahawa sekarang aku lah manusia yang paling tidak bertimbang rasa? Aku hampir tidak dapat menyayangi orang yang dekat denganku.

Kini aku terpaksa bergelut untuk hidup. Senafas pun aku terpaksa cuba. Tahukah kau betapa susahnya keadaan ini? Kau tak sepatutnya mempersendakan perasaan ku yang tulus suci terhadap mu. Aku mencintaimu lebih dari segalanya. Kau kejam. Aku lah lelaki yang kau sakiti. Dan kau juga harus tahu, akulah singa yang terluka. Kau sengaja bermain dengan api...

Ulasan