Rasa koey teow goreng kat sini tak pernah berubah walau hampir 20 tahun aku telah merasainya. Kesegaran udara waktu pagi, deruman enjin kereta di lebuh raya, siren ambulans, polis dan sebagainya sudah sebati dari zaman aku kanak-kanak lagi.
Terkenang saat arwah masih hidup. Kami sekeluarga makan bersama di kebanyakan gerai makan berhampiran. Walaupun aku yang dulu dan aku yang sekarang masih sama, tidak banyak yang berubah, namun pemergian abah sedikit sebanyak telah mengubah suasana hidupku.
Hidupku yang dulu lebih aman, kecuali semenjak 13 tahun yang dulu. Dan ianya terus mengalami perubahan . Menjadi tidak aman. Apabila abah pergi, segalanya semakin kusut di fikiran. Bukan kerana kenyataan yang tidak dapat aku terima, tetapi masalah dalaman aku yang semakin parah.
Di saat rakan-rakan seperjuangan telah ramai yang membina kehidupan sendiri, samada bekeluarga ataupun sendiri, mereka telah kecapi apa yang biasa dikecapi oleh orang yang sebaya denganku. Mungkin orang beranggapan bahawa aku sepatutnya mendapat kehidupan sama seperti rakan-rakan ku yang lain. Namun inilah ketentuan dari-Nya. Aku pasrah atas apa jua yang telah ditakdirkanNya. Aku cuma tak redha terhadap orang yang telah menyumbang kepada kehidupan ku yang serba sederhana ,sedangkan jika aku tidak dipengaruhi oleh mereka, aku mungkin lebih dari apa yang aku ada sekarang. Bukan untuk menyatakan tidak bersyukur, tetapi ketamakan dan kebakhilan manusia telah menafikan apa yang golongan seperti aku sepatutnya miliki di dalam kehidupan dunia ini.

Ulasan
Catat Ulasan