Thursday, October 17, 2013

Review filem Jerry McGuire (1996) PT 1



Filem ini lebih kepada biografi atau pun kisah hidup seseorang. Nama dan watak asal telah ditukar. Mengisahkan tentang seorang agen dalam bidang sukan. Dia terlibat dalam pengurusan atlet-atlet dan juga pemasaran.

Di awal cerita, Jerry Mcguire adalah seorang yang sangat dedikasi terhadap tugasnya disamping mempunyai seorang kekasih yang cantik yang juga merupakan tunangnya. Di pejabatnya, dia merupakan salah seorang daripada ahli lembaga pengarah. Salah seorang pekerja di pejabatnya iaitu di SMI (Sports Management International) yang bernama Dorothy Boyd sangat mengagumi Jerry kerana hidupnya yang seakan sempurna. Walaubagaimanapun di pertengahan cerita, hidup Jerry mula berubah menjadi buruk kerana suatu insiden.

Pada suatu hari, semasa Jerry sedang berbincang dengan salah seorang pelanggannya yang merupakan seorang atlit, seorang budak dengan tiba-tiba datang dan ingin meminta autograf daripada atlit tersebut kerana dia sangat meminati atlit tersebut. Tanpa diduga, atlit tersebut telah menolak permintaan budak tersebut di hadapan Jerry kerana mendakwa kad yang digunakan oleh budak itu tidak layak ditandatangani oleh atlit tersebut. Kejadian tersebut terus mengganggu fikiran Jerry.

Di sebuah hospital, Jerry melawat pelanggannya yang terlantar kerana mengalami gegaran otak. Doktor yang merawat pelanggannya itu cuba mengingatkannya kembali tentang kejadian yang telah menimpanya. Jerry tertawa apabila pelanggannya itu seolah-olah tidak mengenalinya. Semasa perjalanan pulang, anak kepada pelanggannya itu menyapa Jerry. Budak itu merayu kepada Jerry  agar dilakukan sesuatu supaya ayahnya tidak terus bermain sukan kerana bimbang ayahnya cedera lagi. Walaubagaimanapun, Jerry hanya memberitahu budak tersebut bahawa ayahnya itu adalah sangat hebat untuk tidak bermain sukan (baseball) itu. Tiba-tiba terpancul perkataan berunsur hinaan kepada Jerry kerana tidak menyangka dia tidak mengendahkan apa yang telah berlaku kepada ayahnya. Jerry pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat dukacita terhadap perkara yang telah berlaku pada hari itu.

Di kediamannya, Jerry sangat bingung. Dia masih memikirkan tentang kekecewaan orang-orang di sekelilingnya. Akhirnya Jerry mengalami tekanan perasaan yang serius. Pada malam itu, dia membuka komputer dan menaip sesuatu. Dia meluahkan segala yang terbuku di dalam hatinya. Akhirnya segala yang ditulis dibukukan menjadi suatu 'mission statement' atau dipanggil juga sebagai misi syarikat. Secara ringkasnya, Jerry menyatakan di dalam misi syarikatnya itu bahawa pendapatan yang sedikit lebih baik sekiranya dapat memberikan mutu perkhidmatan atau layanan yang baik kepada pelanggan. Pendapatan yang sedikit juga bermaksud pelanggan yang sedikit. Namun, perkara tersebut sebenarnya tidak disenangi oleh ahli-ahli lembaga pengarah yang lain.

Jerry Macguire akhirnya dipecat. Sebelum dia keluar dari SMI, dia memujuk staf-staf di SMI untuk mengikutnya bekerja di syarikat baru yang akan ditubuhkan olehnya, yang juga mempunyai persekitaran kerja yang lebih menyeronokkan. Malangnya, tiada seorang pun yang ingin mengikutinya. Pada saat yang tak terduga itu, Dorothy Boyd tiba-tiba menawarkan diri untuk mengikutnya dan bersama membuka sebuah lagi syarikat pengurusan atlit seperti di SMI.


bersambung....


banner
Previous Post
Next Post

0 comments: