Kenapa rempit itu biadab

Kebanyakan mat rempit pada aku diorang merempit salah satunya sebab hiburan. Diorang suka bila 'adrenaline rush' , iaitu hormon yang terhasil masa kita cemas tu terpancar hingga ke otak. Bila dah seronok, diorang ni dah tak ingat lagi kalau malang tak berbau, nyawa melayang dan sebagainya. Dan yang paling penting aku nak cakap ni, diorang tak fikir akan maki hamun pemandu atau sesiapa saja kat diorang. Diorang tak sedar yang sesetengah maki hamun tu akan menjadi suatu doa. 

Maaf la kalau ada pihak yang terasa. Aku bercakap, menulis untuk kebaikan. Siapa yang terlibat dan baca apa yang aku tulis ni, kemudian insaf, bukan kah itu sangat baik bagi korang? At least ada juga orang yang ambil kisah pasal korang. So ni aku nak sambung lagi. Pada aku jugak la, korang yang suke merempit ni tak semua yang pegang janji. Mula-mula korang berjanji seolah-olah sehidup semati. Tinggi betul semangat setia kawan korang. Tapi kenapa aku pernah baca berita tentang satu kemalangan sebab merempit dan mat rempit belasan tahun tu mati dan korang tinggalkan dia sebab takutkan polis yang sedang 'rush' korang? Bagaimana sebenarnya prinsip sebenar setiakawan korang? Aku pelik jugak kat situ. Maaf lagi sekali ye kalau ada yang terasa. Serius aku lebih kepada menegur daripada menghina. Sebab aku pun pernah remaja . Aku faham perasaan korang. Aku ni dah pertengahan umur sebenarnya. 

Pada aku tak salah kalau korang nak berhibur. Tapi carilah hiburan selain aktiviti yang tak berfaedah tu sebab macam aku cakap tadi, hiburan cam tu akan mengundang maki hamun je. Takkan korang suke orang doakan yang buruk-buruk . Mesti korang tak suke. Kan? 

Akhir kata, aku harap rempit-rempit ni korang tak buat lah lagi. Korang pun akan ada anak. Memang tak semua rempit tu jahat. Tapi sebab kebanyakannya mengganggu ketenteraman dan mengancam keselamatan awam, jadi sesuai lah ia dianggap sebagai perbuatan biadab oleh golongan yang mempunyai tahap mentaliti yang rendah. Korang pun tak suke kan aku cakap macam ni. Tapi tu la hakikatnya. Orang yang mentaliti tinggi adalah orang yang tahu fikir bahaya , sayang nyawa dan juga keselamatan orang lain. 

Akhir kata, hentikanlah perbuatan yang sia-sia ni. Takde faedah pun sebenarnya. Selamat berubah!

Ulasan