Semua orang inginkan aku berubah, sedangkan aku sendiri tak pasti apa kemahuanku. Aku tak tahu di mana yang harus diubah. Di mana hujung, di mana pangkal.
Mungkin juga tiada makna hanya bercakap-cakap di ruang yang kosong ini. Entah apa yang aku harapkan di sini...
Dalam usia yang telah menjengah pertengahan, tanpa apa-apa tanda pencapaian dalam hidup, aku masih tidak terlalu hirau. Kerana aku rasa pada masa lalu aku telah pun berusaha. Aku rasa aku telah melakukan apa yang patut.
Aku ingin membawa beberapa persoalan ke sana nanti. Aku sedar aku bukan siapa-siapa. Tetapi aku juga tidak tahu siapa-siapa di sini.
Kalau aku terlalu berkeras, aku sendiri yang akan hancur. Aku terlalu berlembut, aku sendiri yang akan musnah. Biar lah apa pun, aku ambil segala masa yang tinggal, walau singkat....

Ulasan
Catat Ulasan