Jika kita orang baik, kita tak perlu ramai geng

Orang baik yang dimaksudkan di sini adalah orang baik yang dekat dengan tuhannya (muqarrabun). Orang baik sebegini akan dilindungi oleh tuhan daripada kecelakaan, bahaya dan musibah yang sedang atau akan menimpanya.

Kita ambil contoh mat rempit. Mat rempit memang penakut jika dia berseorangan. Kelancangan mulutnya juga kadang-kadang hanya berlaku semasa dia sedang bersama geng-gengnya.

Kata Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) :

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun.. Jika Allah menghalang kebahgiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur dengan apa-apa tangan sekalipun.. Jika Allah uruskan urusan kita, dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata.. dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.. Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang rasa tewas, kita akan melihat kemenangan di sisi Allah. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan. Yang mana jalan-jalan manusia tak sangka, tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Di sini dapat kita pelajari bahawa tidak semestinya apabila kita berhadapan dengan situasi diancam dan sebagainya, kita akan akan terus rebah dan tewas kepada musuh. Selagi Allah bersama kita, kita pasti akan berjaya walaupun tanpa pertolongan mana-mana makhluk di saat yang genting itu.

Jika kita dianiaya, permintaan kita akan dimakbulkan melalui do'a yang kita pohon. Jika kita meninggal, kita akan dapat pahala yang besar. Itu janji Allah . Oleh itu jangan takut dan bersedih. Sentiasa lah berserah kepada Allah, Dzat yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Insya Allah, kita akan dlindungi oleh-Nya.

Ulasan