Cube tengok gambar di atas. Apa yang anda fikirkan? Waktu ni kamera smartphone dah banyak yang pakai HD. HD bermaksud high definition (boleh baca di sini untuk penerangan lanjut). Tempat ini saya pergi berseorangan. Waktu itu hujan baru sahaja berhenti dan tidak ramai orang yang melalui 'promenade' ini. Tidak lama kemudian, baru lah ternampak seorang lelaki (mungkin warga Eropah) sedang berjogging di sepanjang laluan ini,
Saya memang tidak pernah ke sini. Ini lah pertama kali saya datang setelah mendapat maklumat daripada Encik Google. Pada saya tempat ini sememangnya menarik. Di bahagian belakang (gambar ini) terdapat bot-bot jenis cruiser yang boleh disewa jika ingin berlayar di laut sekitar kawasan ini.
Sebenarnya tempat ini merupakan gabungan antara hypermarket dan pantai. Oleh itu tidak hairan lah jika tempat ini lebih banyak dikunjungi oleh pelancong asing berbanding penduduk tempatan.
Bagi saya, kita boleh melakukan apa sahaja aktiviti selagi ia tidak bertentangan dengan peraturan samada negara ataupun agama. Malah di dalam Islam juga, kita amat digalakkan untuk berjalan di atas muka bumi ini bagi melihat kebesaran ciptaan Allah S.W.T.
Terdapat juga riwayat menceritakan bahawa Nabi S.A.W juga pernah pergi bersiar-siar seorang diri ke sebuah telaga dan duduk berhampiran telaga tersebut. Ini menunjukkan bahawa Nabi juga melakukan apa yang manusia biasa seperti kita lakukan.
Perjalanan saya ke tempat ini tidak lama iaitu hanya sekitar sejam atau lebih. Terdapat juga sebuah kawasan di mana terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti permainan kereta kanak-kanak dan segway. Saya menuju ke sebuah staple shop dan membeli sebotol cuka epal untuk dibawa pulang.
Sempurnakan Harimu adalah perkara untuk dilakukan terhadap diri kerana diri kita juga punya haknya yang tersendiri. Selain ibadah seperti bekerja, tidur dan sebagainya, pergi berjalan-jalan juga adalah suatu ibadah yang bukan sahaja dapat memberi ketenangan tetapi juga pahala .

Ulasan
Catat Ulasan