Wednesday, November 18, 2015

Beza cemburu dan hasad (dengki)

Cemburu adalah perasaan iri hati terhadap sesuatu dan pada masa yang sama si pencemburu akan berasa terkilan, kecewa atau pun sedih pada tahap-tahap tertentu iaitu samada keterlaluan atau masih boleh dikawal. Namun begitu, perasaan cemburu tidak semestinya diiringi oleh niat untuk menjatuhkan orang yang dicemburui tersebut.

Dengki ataupun hasad adalah perasaan yang lebih kuat serta berbahaya berbanding cemburu itu sendiri. Perasaan dengki adalah hampir kontra kepada cemburu. Sebagai contoh, seseorang yang berasa dengki terhadap orang yang didengki kemungkinan mempunyai niat untuk menjatuhkan, menyakiti atau membahayakan orang yang didengki tersebut.

Apa yang hendak saya sampai di sini adalah mengenai sejenis sihir yang diakui kewujudannya oleh Nabi S.A.W iaitu sihir ain. Sebelum itu, maafkan saya jika ada kesalahan di dalam penyampaian saya ini. Jika ada ustaz, pakar, atau pun ahli di dalam bidang ini, boleh lah perbetulkan fakta ini di ruangan komentar, sekiranya terdapat sebarang khilaf dan sebagainya.

Sihir ain ini  berlaku lebih cenderung kepada perasaan cemburu dan bukannya kerana dengki. Contohnya apabila kita terlihat seseorang yang sempurna samada dari segi fizikal, penampilan atau keberolehan orang tersebut, kemudian dalam masa yang sama timbul rasa cemburu terhadap orang tersebut, maka sihir 'ain (sihir mata) boleh berlaku atau kemungkinan berlaku dengan kepantasan yang melebihi kepantasan sesuatu takdir. Boleh juga dikatakan, sihir 'ain seakan-akan mengubah takdir kerana diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud bahawasanya 1/3 daripada umat baginda meninggal dunia disebabkan oleh sihir 'ain.

Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa pada suatu peringkat, sihir 'ain boleh mempercepatkan maut berbanding ajal kepada orang yang terkena sihir ini kerana maut adalah qadar muallaq (berubah) manakala ajal adalah qadar mubram (tetap), iaitu tidak dapat dilambat atau dipercepatkan apabila ia telah tiba.


banner
Previous Post
Next Post

0 comments: