Apabila roh yang baik pergi meninggalkan orang yang hidup, air mata akan bercucuran dengan sendirinya
Amat aneh sekali perasaan manusia. Kadang-kala manusia menangis kerana sedih, kadang kala pula manusia menangis kerana gembira. Namun penyebab kenapa manusia mengalirkan air mata masih tidak pernah diketahui dengan secara tepat. Yang pastinya, manusia tidak akan mengalirkan air mata ketika marah, kecuali jika perasaannya itu disusuli dengan perasaan kecewa.
Sungguh aneh juga keserasian perhubungan sesama manusia. Ianya bukan sesuatu yang dirancang untuk berlaku, melainkan dengan kehendak Yang memegang jantung kalbu manusia iaitu Allah 'azzawajalla. Maka dengan itu ramai lah manusia yang saling kasih mengasihi setelah rasa cinta dan kasih itu hadir ke dalam diri mereka. Mereka mengasihi keranaNya, dan mereka membenci juga keranaNya.
Telah menjadi ketetapan alam, roh-roh yang baik saling berada dekat antara satu sama lain, dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, jarang kita lihat seseorang yang dikatakan jahat, berada bersama di kelompok mereka yang baik atas matlamat yang sama, kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Dan begitu juga sebaliknya
Suhu air mata manusia juga merupakan indikasi akan perasaan yang dialami seseorang manusia. Cuba anda rasa air mata yang keluar ketika anda mengalami kesedihan. Adakah ia panas? Bagaimana pula dengan air mata ketika anda gembira atau terharu?. Air mata gembira selalunya air mata yang sejuk. Mungkin kerana keluarnya ia tidak disengajakan, seperti ketika anda sedang menguap. Mungkin juga kerana keluarnya ia terlalu ikhlas. Tetapi jika air mata kesedihan, kadang-kadang kita cuba pula untuk menahannya daripada keluar.
Jika satu roh yang jahat pergi meninggalkan dunia ini, mungkin ada manusia samada yang baik atau yang jahat menangisi pemergian manusia tersebut. Tetapi jika satu roh yang baik pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya, tidak kira manusia baik atau pun yang dikatakan jahat, semua nya akan sama-sama merasai kesedihan itu, sehingga air mata akan bercucuran dengan sendirinya tanpa disedari...
Ulasan
Catat Ulasan