Sejak Allah mencipta alam ini, telah ada dua jenis unsur yang sering berperang antara satu sama lain. Iaitu lah unsur baik dan unsur jahat. Walaupun kedua-dua unsur ini datang dari Allah, namun Allah meredhai segala yang hak (unsur baik) dan juga tidak meredhai segala yang bathil (unsur yang jahat), tetapi mengizinkan ia berlaku (atas kehendak-Nya).
Semua ini adalah ujian kepada manusia, khalifah yang tinggal di atas muka Bumi Allah. Kerana itu juga lah semenjak kita dijadikan, ke semua makhluk sujud kepada bapa manusia iaitu Adam A.S, termasuk juga alam ini. Maka dengan itu, alam ini juga bertindak atas apa yang dikerjakan manusia. Manusia diberi hak oleh Allah untuk mentadbir alam ini dan akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang apa yang telah manusia lakukan terhadap alam ini. Betapa tingginya martabat manusia jika dibandingkan dengan segala makhluk yang terdapat di alam ini.
Dalam mentadbir alam ini, manusia tidak dapat lari daripada ujian-ujian seperti hawa nafsu, syaitan dan sebagainya. Ke semua ini juga merupakan sebahagian daripada unsur alam yang diciptakan oleh Allah. Allah ingin melihat sejauh mana manusia mentadbir alam ini mengikut kehendakNya. Sebagai balasan, Allah membeli dari diri orang yang beriman, yang telah mentadbir alam ini mengikut kehendak Allah, akan harta dan jiwa orang beriman tersebut, dan memberikan syurga sebagai balasan.
Di dalam sejarah manusia juga, peperangan sering berlaku antara yang hak dan bathil iaitu antara Islam dan kafir. Seperti mana yang telah disebutkan, Allah meredhai yang hak iaitu Islam dan tidak meredhai yang bathil iaitu kaum kafir. Namun begitu, Allah mengizinkan kaum kafir itu hidup di atas muka Bumi, berperang dengan Islam dan sebagainya kerana ia adalah sunnatullah (ketetapanNya) yang mengandungi hikmah yang hanya Dia sahaja yang tahu.
Pada masa kini , jika diikutkan, penganut agama selain daripada Islam yakni kaum kafir seperti Kristian, lebih ramai jumlah nya daripada umat Islam sendiri. Kajian dalam tahun 2010 menunjukkan bahawa agama Kristian merupakan agama terbesar dunia sebanyak 31% iaitu 2.2 billion berbanding Islam iaitu sebanyak 23% dan bersamaan juga 1.6 billion. Islam merupakan penganut teramai selepas Kristian. Boleh dikatakan juga agama-agama ini seperti abang, kakak dan adik. Ini kerana agama Islam merupakan antara agama yang terkini selepas yahudi dan nasrani. Persamaan ketiga-tiganya adalah mereka termasuk kita adalah agama samawi (agama langit) iaitu juga yang dipanggil agama wahyu. Pada akhir zaman, si adik akan mendedahkan segala kesalahan dan kepalsuan yang telah dilakukan oleh abang dan kakaknya, yang sekaligus akan memenangkan segala kebenaran si adik. Tidak lama selepas itu, alam ini akan berakhir dan berlaku lah kiamat.

Ulasan
Catat Ulasan