Adakah BRICS akan melumpukan matawang dollar

BRICS  kebanyakannya adalah bukan dari negara Eropah mahupun negara Barat seperti Amerika Syarikat. Namun apa yang saya perasan dan sedar, kebanyakannya adalah negara yang anti-barat sejak dahulu seperti China dan  Rusia dan juga negara-negara kuat tetapi hanya 'mengikut' seperti negara-negara di Asia Tengah. Negara-negara ini adalah negara-negara PENGELUAR MINYAK!

Lalu saya melihat senarai negara-negara tersebut, agak memeranjatkan dan seperti diduga, Venezuela yang sememangnya sekutu kuat Rusia , juga menyertai BRICS. Negara ini adalah negara yang paling banyak simpanan minyak di dunia, mungkin juga yang kedua jika digabungkan negara-negara di Asia Tengah seperti negara-negara Arab dan negara di teluk.

Indonesia juga dilihat seperti akan menyertai BRICS. Lalu persoalannya adakah dollar akan berakhir dominasinya? Jika dilihat, dollar mempunyai NATO, sekutu kuat yang kebanyakannya terdiri dari negara-negara di Eropah. Negara-negara inilah yang pada mulanya mencipta kenderaan dan menggunakan sumber tenaga fosil iaitu minyak sebagai komiditi yang memaju dan menaikkan ekonomi mereka semenjak berdekad lamanya.

Lalu saya merasakan bahawa, jika dollar tidak lagi mendominasi, matawang yang akan mendominasi nanti adalah dinamakan sebagai matawang BRICS, sama seperti matawang Euro yang ada sekarang. Apakah yang akan berlaku kepada ekonomi dunia? Mungkin akan berpecah menjadi dua blok ekonomi. Blok Asia dan Barat. Namun kita tidak boleh memandang mudah kepada Barat kerana negara-negara ini sangat cepat dan maju dari segi teknologi. Ramai yang tahu tentang TESLA. Teknologi ini tidak memerlukan minyak iaitu bahan bakar fosil. 

Dalam al-Quran juga ada menyatakan tentang suatu kaum yang cepat bangkit dari 'kekalahan' selepas peperangan. Ini juga termasuk kerosakan harta benda ataupun kejatuhan ekonomi. Surah ar-Rum :

1. Alif Lam Mim.

2. Bangsa Romawi telah dikalahkan,

3. di negeri yang terdekat dan mereka setelah kekalahannya itu akan menang

Mungkin matawang dollar tidak jatuh sebegitu teruk. Walaupun dulu pernah dominasi sehingga 70 peratus lebih , sekarang hanya 40 peratus lebih. Mungkin juga akan jadi 50-50 bersama blok-blok masing-masing. 


Ulasan