Adakah teori Charles Darwin mengenai evolusi adalah benar?

 Dasawarsa ini , kita seringkali mendapati bahawa berlaku perdebatan yang agak signifikan di kalangan saintis, ahli falsafah dan cendekiawan berhubung teori revolusi. Perdebatan ini tentang adakah manusia bereveolusi daripada makhluk yang bukan manusia kepada manusia moden ataupun homo sapiens yang ada sekarang adalah perdebatan seperti tidak berpenghujung.

Di dalam salah satu cabang kajian mengenai permulaan hidupan di atas Bumi ini, terdapat teori menunjukkan bahawa unsur kompaun organik yang pertama, yang menjadikan keseluruhan hidupan yang ada sekarang, berasal dan 'dihantar' oleh tahi bintang ataupun asteroid ke Bumi ini. Ini kerana asas atom molekul yang pertama untuk setiap yang terdapat pada setiap unsur selestial seperti planet , bintang, satelit seperti bulan, matahari dan sebagainya bermula daripada unsur Hidrogen dan Helium.

 Unsur-unsur seperti ini adalah sangat panas pada mulanya sebelum ianya mula menyejuk dan membentuk unsur-unsur lain seperti yang terdapat di dalam jadual berkala. Ia berkembang kepada unsur Karbon, Oksigen, Nitrogen dan sebagainya. Merujuk kepada kompoun organik, ianya mestilah sekurang-kurangnya terdiri daripada unsur Karbon dan selebihnya adalah molekul H20. Bagi menjawab mengenai adakah manusia berevolusi daripada spesis bukan manusia , yang mungkin kelihatan seperti haiwan-haiwan mawas yang ada sekarang, kita mestilah melihat unsur kompaun organik yang paling awal ini. Dengan kata lain, kompaun organik ini kita akan menggelarnya sebagai 'kompain organik pencetus'. Pencetus di sini bermaksud 'pencetus kehidupan'.

Setelah unsur Karbon tersebut sampai ke Bumi, ia bercampur dengan unsur-unsur lain yang terdapat di Bumi , terutamanya air. Ini kerana air adalah unsur yang paling asas dan paling senang terbentuk bagi memudahkan bermulanya hidupan di atas sesuatu planet. Manakala bagi unsur Karbon, ianya agak kompleks terutamanya jika ia membentuk kompaun organik dan seterusnya asid amino, iaitu sejenis molekul protein, bahan asas sesuatu kehidupan. Asid amino terdiri daripada unsur Nitrogen, Karbon, Hidrogen dan Oksigen. Di dalam unsur-unsur ini, hanya Karbon yang mungkin berasal dari luar Bumi pada suatu masa dahulu.

Apabila asid amino yang pertama terbentuk, iaitu proses yang memakan masa selama jutaan tahun, ianya adalah sejenis unisel. Maka tidak hairanlah unisel seperti amoeba sebagai contoh telah berusia berbillion tahun berbanding spesis-spesis lain, termasuklah manusia yang baru berusia beberapa ratusan ribuan tahun( spesis homo sapiens). Ini kerana manusia mempunyai molekul dan juga sel yang sangat kompleks kerana kita terdiri atau terbina daripada multisel berbanding mikoorganisma amoeba seperti yang disebutkan tadi.


Ulasan