Adakah pemansuhan skim pencen kerja kerajaan akan mengurangkan tarikan dan kemasukan ke sektor awam terutama di kalangan badan beruniform dan pelaksana undang-undang seperti polis dan tentera

 Tahun 2005 dahulu saya pernah ditawarkan jawatan kerajaan sebagai seorang pembantu perubatan bertaraf kumpulan sokongan. Ketika itu saya telah menerima tawaran untuk bekerja di sebuah GLC yang tertakluk di bawah akta badan berkanun kerajaan. Oleh kerana masih baru, saya menanyakan pendapat staf-staf yang telah senior. Mereka berpandangan bahawa adalah lebih baik saya menerima saja jawatan kerajaan tersebut memandangkan taraf jawatan saya dan juga jawatan kerajaan yang ditawarkan tersebut hampir sama dari segi kelebihan, namun sudah tentu jawatan kerajaan dilihat lebih terjamin kerana mempunyai pencen. Namun begitu, saya menolak jawatan pembantu perubatan tersebut setelah mendapat nasihat beberapa kakitangan kerajaan yang ketika itu telah pun berpencen (bersara). Pada pendapat saya, mereka tentu lebih arif kerana mereka merupakan bekas kakitangan kerajaan yang sudah tentu mempunyai banyak pengalaman di dalam sektor awam.

Setelah bekerja beberapa tahun di dalam GLC tersebut dan juga pernah sekali mendapat panggilan temuduga SPA untuk jawatan yang lain pula (jawatan pembantu pegawai tanah jika saya tidak silap), saya meletakkan jawatan secara sukarela. Ini kerana saya ingin cuba menceburi bidang perniagaan dan juga hartanah.



Ulasan