Kos pasang stent jantung di hospital kerajaan dan swasta

 Satu stent biasanya berharga RM12,000.Kos minimum diketahui adalah sekitar RM 7000 di hospital kerajaan. Total kos (keseluruhan) walaupun di hospital kerajaan adalah di antara RM 15,000 sehingga RM25,000. Kos maksimum di hospital kerajaan boleh mencecah sehingga RM 30K manakala di hospital swasta RM 50K ke atas.

Prosedur memasukkan stent ini dipanggil sebagai 'angioplasty'Angioplasty dilakukan untuk membuka atau meluaskan bukaan salur darah arteri yang tersumbat.

Sewaktu prosedur ini dijalankan, satu belon kecil akan dimasukkan ke dalam salur darah arteri yang terjejas. Meskipun begitu, prosedur terkini adalah melibatkan satu wayar pendek yang dikenali sebagai stent jantung. Tiub dimasukkan ke dalam arteri di sebelah kanan atau kiri sama ada di pangkal paha atau pergelangan tangan

Stent ini akan diletakkan di dalam salur darah untuk membolehkan darah mengalir tanpa halangan. Sebagai info terdapat istilah lain yang berkaitan seperti angiogram dan belon.


Kos angiogram


Angiogram bukan lah sejenis rawatan atau pembedahan sebaliknya merupakan satu prosedur di mana doktor ingin melihat di manakah terdapatnya 'blockage' di dalam saluran arteri. Sejenis dakwat di masukkan melalui salur darah dan doktor akan dapat melihat tempat berlakunya sumbatan di layar (skrin).

Pantang larang selepas pasang stent

Biasanya selepas pemasangan stent , doktor akan memasang anduh di tangan yang dimasukkan stent melaluinya. Pesakit haruslah mengikuti saranan yang doktor berikan sepanjang tempoh pemakaian anduh tersebut agar tempoh pemulihan dapat dipercepatkan. Biasanya mengambil masa seminggu hingga kedua minggu bergantung kepada keadaan pesakit.

Info terbaru mengenai kos stent sebenar

Melalui maklumat yang saya lihat di ruangan status facebook dan komen, ada yang mengesahkan bahawa harga seluruh operasi stent adalah serendah RM 100 ke bawah. Namun begitu , saya merasakan bahawa ini melibatkan hospital penuh kerajaan, bukan separuh kerajaan. Selain itu, prosedur ini juga mungkin terpaksa melakukan temujanji dan memakan masa selama hampir sebulan atau lebih kerana anda terpaksa menuggu giliran. Jika kes-kes kecemasan seperti serangan jantung, saya tidak begitu pasti. Mungkin terpaksa juga mengeluarkan belanja yang besar kerana prosedur terpaksa dijalankan secara ad hoc yang mana kebiasaannya dilakukan di hospital swasta atau separa kerajaan.

Ulasan