Video bahan-bahan serta cara memasak resepi asam pedas ikan pari Che Nom simple
pada
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Bahan-bahan:
Bahan-bahan asam pedas:
1 ekor ikan pari, potong kecil
Minyak untuk menumis
2 sudu kecil halba
1 batang serai
3-4 helai daun limau purut
1 mangkuk cili kisar
sedikit air asam jawa
Air secukupnya
Kacang bendi
tomato
daun kesum
garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar halus:
2 ketul kunyit hidup
2 inci halia
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
sedikit belacan
Cara Penyediaan:
Blender bahan-bahan untuk kisar halus dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis halba diikuti serai, daun limau purut dan bahan-bahan kisar halus tadi.
Masukkan pula 1 mangkuk cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Selepas pecah minyak yang pertama, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga pecah minyak. Ulang 3-4 kali untuk memastikan bahan tumisan cili yang mengandungi belacan betul-betul masak dan sedap rasa kuah nanti.
Masukkan pati air asam jawa dan air putih untuk kuah.
Masukkan ikan pari dan masak sehingga kuah mendidih.
Masukkan bendi, tomato dan daun kesum kemudian masak sehingga sayur lembut.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tip:
Bahan tumisan bercili hendaklah dimasak sehingga betul-betul pecah minyak di dalam minyak yang banyak. Kalau terlebih minyak jangan risau, selepas masak boleh sendukkan keluar minyak dari kuah asam pedas.
Ulasan
Catat Ulasan