Tidak pasti di mana bermulanya persoalan ini dan mengapa. Namun pendapat yang mengaitkan alam ini suatu simulasi, juga akan mengaitkan bahawa setiap yang ada di alam ini seperti planet , objek selestial, termasuk kita, semuanya telah dan seakan diprogram oleh yang mensimulasikan alam ini. Mereka juga mengatakan bahawa kehendak kita (freewill) seakan khayalan semata kerana segalanya telah ditentukan.
Ibarat permainan video, kita lah watak di dalamnya. Namun begitu, ramai ahli fizik tidak bersetuju dengan teori ini. Ada yang mengatakan bahawa , untuk membuktikan bahawa alam ini suatu simulasi, perlu mengemukakan suatu formula matematik yang tak terhingga, bagi membuktikan kebenarannya dan itu adalah sangat mustahil.
Walaubagaimanapun, jika dikaji atau jika diambil analogi permainan video, bukankah pemprogram (programmer) yang mencipta permainan tersebut akan menyiapkan terlebih dahulu segala program seperti watak, grafik, kelajuan dan juga memasukkan unsur kebarangkalian terhadap watak pemain. Selepas segalanya siap, permainan video tersebut hanya perlu dihidupkan iaitu dengan membuka suis elektrik dan butang ON. Langkah seterusnya adalah pemain yang akan mengawal semua permainan itu, yang sebenarnya mengawal kebarangkalian di dalam permainan video tersebut.
Begitulah yang saya rasakan. Sebenarnya, boleh dikatakan alam semesta ini suatu simulasi. Programmernya adalah Sang Pencipta yang mencipta alam ini manakala kita adalah watak di dalamnya. Kita masih berkuasa dan berkehendak, seperti mana unsur pembolehubah dan kebarangkalian yang telah dimasukkan oleh Sang Programmer ke dalam alam ini. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku lantas kita akan melakukan sesuatu. Itulah sebenarnya kehendak atau freewill yang kita ada. Walaubagaimanapun, kehendak dan kemahuan kita masih tertakluk kepada kehendak Sang Programmer. Jika Dia mahu segala permainan ini game over, maka Dia akan menekan butang OFF, dan segalanya akan berakhir.
P.S : Pembolehubah ataupun kebarangkalian yang dimaksudkan hanya lah satu iaitu MASA.
Ulasan
Catat Ulasan