Sebenarnya aku dah tak tahu ke mana hala penulisan aku ni. Tak punya tema atau kategori terentu. Temanya bebas mengikut keinginnan penulis. Tapi aku boleh anggap blog ni macam diari aku lah. Cuma bukan personal, public...
Aku ingat nak tulis pasal perang US - Iran lah kot. Ada satu pendapat tu cakap Israel menggugut US untuk menggunakan nuklear ke atas iran sekiranya US tak menyerang Iran. US (Trump) tiada pilihan melainkan mengikut sahaja kemahuan sekutu rapatnya itu (Nethanyahu). Entah lah sama dia sekarang masih yahu ke tak sebab Israel teruk juga kena dengan Iran. Tapi aku rasa dia bukan peduli pun pasal rakyat dia, janji kuasa dia masih kekal. Pendapat yang aku tengok dalam TT tu bagitau yang rakyat Israel pun sebenarnya tak sebulu dengan Nethanyahu tu.
Orang kata tujuan serangan ke atas Iran tu sebenarnya nak mengalih perhatian sebab Nethanyahu bakal di tangkap oleh mahkamah antarabangsa atas kesalahan jenayah kemanusiaan. Tapi pendapat peribadi aku mengatakan serangan ni lebih kepada serampang dua mata. Pertama, untuk 'membeli' lebih masa untuk dirinya agar boleh terlepas pendakwaan. Kedua, untuk menguji kekuatan Iran. Namun begitu, memang doktrin Israel dari dulu adalah untuk menjadi kuasa terkuat dan membina empayar di Timur Tengah. Tapi pendapat peribadi aku, benda ni takkan berlaku dalam masa beberapa tahun mendatang. Ia mungkin mengambil masa berpuluh tahun dari sekarang. Namun begitu, tiada siapa yang tahu apa yang benar-benar akan bakal berlaku esok. Mungkin akan berlaku kejutan. Wallahualam.
Berita terbaru, pemimpin tertinggi yang baru dilantik adalah anak kepada Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei sendiri. Sebelum ini juga terdengar ura-ura bahawa Reza Palavi akan dilantik menjadi presiden. Aku tak boleh menulis dengan lebih detail akan siapa figura ini. Aku risau blog aku akan kena block. Malah perkataan Israel yang aku tulis ni pun sebenarnya akan memberitahu sistem bot enjin carian yang akan mengimbas blog ini nanti. Tapi aku berserah saja lah.
Kalau diikutkan, tentulah polisi Iran masih tidak berpihak kepada US sebab kuasa sebenar adalah pada pemimpin terntinggi berbanding presiden. Cuma tak tahu lah, sebab yang dilantik adalah anak. Kalau ikut sejarah empayar-empayar terdahulu, memang ada perbezaan antara bapa dan anak. Aku nak bagitau pendapat aku pun aku bimbang. Korang pikir lah sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan