Kejutkan aku bila masanya tiba

 Hidup ini umpama mimpi. Mimpi yang tak sudah. Bukan realiti. Sebenarnya,

kita bukan sedang terjaga, tetapi sedang tidur, sambil diulit mimpi.

Bila kita mati, saat itu lah kita terjaga.

Surah Al-Ankabut (29:64), Allah SWT berfirman:
"Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan suatu permainan dan sesuatu yang sia-sia,

sedangkan kehidupan akhirat itulah yang sebenarnya hidup, jika mereka mengetahui."

Maafkan aku, mungkin perkara ini kedengaran terlalu puitis. Hanya mainan kata-kata,

penyedap rasa. Kesakitan di dalam mimpi mungkin takkan pernah sama dengan kesakitan

sebenar. Tapi aku rasa, ini lah perumpamaan yang paling hampir yang dapat ku berikan.

Berharaplah, kerana itu tidak salah. Harapan adalah doa. Bila kita putus harapan,

saat itu lah kita akan berhenti berdoa. Ketika itu lah kita telah mati sebenarnya,

walaupun belum mati secara biologi.

Surah Al-Fajr (89:27-30) 

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh reda dan diredhai.

Masuklah ke dalam kalangan hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam syurga-Ku."

 Hidup ini umpama mimpi. Mimpi yang tak sudah. Bukan realiti. Sebenarnya, kita bukan

sedang terjaga, tetapi sedang tidur, sambil diulit mimpi. Bila kita mati, saat itu lah

kita terjaga.


Ulasan