Lagu "Shape of My Heart" nyanyian Backstreet Boys mengisahkan penyesalan seseorang yang akhirnya sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan dan gagal meluahkan perasaan sebenar dalam sesebuah hubungan.
Tema Utama Lirik:
Pengakuan Kesalahan: Watak dalam lagu ini berasa sangat menyesal kerana tidak mampu menghargai atau menunjukkan kasih sayang yang tulus kepada orang yang dicintainya.
Membuka Topeng: Terdapat kisah tentang seseorang yang selama ini berpura-pura menjadi orang lain dan menyembunyikan perasaan sebenarnya daripada pasangannya (kept you in the dark).
Maksud "Shape of My Heart": Ungkapan ini melambangkan keinginan untuk menunjukkan "bagaimana sebenarnya bentuk hatiku"—suatu bentuk kejujuran, ketulusan, dan kerapuhan diri setelah sekian lama memendam rasa.
Lagu ni ada kena-mengena dengan keadaan diri aku sekarang. Sejak aku kerja di situ, buat pertama kali aku mengenali seorang perempuan. Dia hampir sebaya dengan aku. Kitorang agak profesional, berkawan seperti sahabat. Aku tau dia banyak pengalaman, sama macam aku. Jadi kitorang just tegur menegur. In fact, dia yang banyak tegur. Aku ni pemalu dan tak banyak cakap.
Tiap kali kitorang bekerja, kitorang akan bercakap tentang kerja saja. Lama-lama , aku rasa dia seorang yang sangat berdikari dan lebih matang dari aku. Jarang jumpa orang macam tu. Tapi aku tak tahu macammana nak selalu buat dia rasa seperti seorang sahabat. So, aku hanya tahu cakap apa yang aku rasa ingin cakap. Tapi kebanyakannya soal aku sendiri. Aku rasa sangat hipokrit.
Dipendekkan cerita, aku terpaksa letak jawatan-resign. Aku tak bagitahu dia. Tiba-tiba dia mesej aku. Rupanya masa aku teringat dia, dia pun sama. Aku minta maaf dari dia sebab tak bagitahu dia yang aku dah berhenti. Aku berhenti pun tak dirancang. BErhenti sebab ada pekerja yang sangat buruk sifat dan penting diri. Aku tak boleh kerja dengan orang macma tu. Sanggup dia tarik aku dengan kasar sebab tak dengar cakap dia. Sejak tu aku buat keputusan untuk berhenti. Aku tak nak cederakan sapa-sapa dan buat hal.
Full lyrics
Baby, please try to forgive me
Sayang, tolong cobalah memaafkanku
Ulasan
Catat Ulasan