Masih ku ingat lagi kenangan lagu ni - Pasa Bena, Station 18 dan Lahat. Semua tempat ni jalan menuju ke Ipoh. Waktu tu di antara tahun 2000 ke 2010. Crush aku masih kanak-kanak lagi time ni. Tapi sekarang dia dah dewasa...
Lagu-lagu yang sewaktu dengan lagu seribu tahun Imran Ajmain ni , kalau lagu melayu yang lirik dia, 'tidak kesampaian, cinta kita..ku bawa harapan ku pendam rahsia..' Fazli Zainal. Ada juga lagu yang menang Juara Lagu macam 'Tolong Ingatkan aku, kisah kau tersedar, dengan saku penyeluk masa..' . Bagi aku lirik lagu ni sangat unik dan menarik. Mujur menang jadi Juara Lagu. Lagu dari Ana Raffali.
Lagu lain adalah seperti Bagaikan diriku tapak Sulaiman, lagu ni pun lirik dia unik dan menarik, Elyana. Meet Uncle Hussain yang lirik dia, 'tiada bintang, dapat menerangkan hati yang telah dicela bagaiku lumpuh tak mampu berdiri, aku..' juga menang juara lagu pada tahun sebelum .Judul lagu - Lagu Untukmu. Penyanyi ni jadi juara lagu sebelum Ana Raffali sebelum band ni di rebrand kepada Azlan The Typrewriter.
Dalam tahun-tahun 2000 ke 2010 ni juga banyak drama-drama bersiri seperti Jelatang, Sindarela - lakonan Sharifah Amani sebagai Zoela, Remy Ishak sebagai Tengku Haidar, Ahmad Dhurrah-lakonan Rusdi Ramli dan Cinta Balqis- lakonan Eira Syazira dan suaminya Azad Jasmin sebelum mereka berkahwin. Tepat tahun 2010, meletup pula sebuah filem komedi arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah. Lokasi penggambaran pun di kawasan berhampiran Ipoh iaitu di sekitar Daerah Kuala Kangsar, Parit dan Bota. Masa ni drama korea macam dah slow sikit rasanya. Drama Korean awal 2000 yang aku ingat adalah seperti Winter SOnata dan Autumn In My Heart. MAsa ni ada penyanyi bernama Hazami yang melayukan lagu Winter SOnata.
Tapi semua kenangan ni tak mampu lawan kenangan tahun 90-an. Sebab tahun 90-an adalah zaman yang the best bagi aku. Tapi tak pe lah, sambung lagi sikit. Di antara tahun 2000 ke atas ni, ada juga lagu-lagu lain yang menarik seperti 'Takkan lagi aku menunggu, kau hadir di dalam mimpi-mimpiku..' , lagu oleh kumpulan Bau, tajuk lagu- warkah. Lagu dari kumpulan Coco - mengintai langit, mengingatkan aku kepada crush yang lebih dahulu. Tak sempat aku nak bagitau dia , how i liked her so much.
Lagu-lagu English yang famous antaranya David Archuletta - Just a little too not over you, Elliot Yamin - Wait For You, artis kelahiran American Idol juga.Shayne Ward - No Promises - lagu english pertama yang ex aku ajar masa kami first date.Kemudian dia introduce banyak lagi lagu lain. Antaranya, 'Wanting you to be wanting me, no that aint no way to be..' Katherine Mcphee, tajuk lagu - Over It. Masa ni kami dah nak dekat break up. Lagu kanak2 - cuppycake dan Over the Rainbow, lagu oleh Judy Garland. Ada satu lagu melayu yang dia suka dengar, lagu dari kumpulan Luscious -tajuk lagu, Khabarkan.
Zaman ni aku selalu layan lagu Stop dan Stare - One Republic, (dalam tahun 2008), It would be rain- Bruno Mars, thinking of you-Katy Perry, Hot and Cold- Katy PErry, (lagu terawal oleh Katy Perry), Lifehouse- Blind, kebanyakan lagu-lagu Maher Zain seperti Barakallah, Alhamdulillah (lagu dia banyak yang best-best, lagu Islamik versi English).
Lagu hiphop yang masih dimainkan zaman ni pun banyak juga. COntohnya dari penyanyi 50cent -P.I.M.P. Ada juga lagu-lagu dari band indie macam My Chemical Romance - I dont love like I did yesterday dan Welcome to the Black Parade. ada satu lagu english yang lirik agak catchy seperti , 'I chime in with a, 'haven't you people ever heard of, closing the god damn door' Artis- Panic at the Disco, judul - I write sins, not tragedies.
Masa ni aku selalu drive dengan kereta pertama aku, yang masih pakai radio kaset. Kebetulan kaset yang ada pun semua lagu lama-lama. SO lagu2 tu lah yang aku dengar ulang2 masa tengah drive. Tak tau nak kemana, aku drive ke Ipoh.
'Bercinta sudah lama, berkasih dan bermesra. Sedang enak membuai rasa, perpisahan tercipta...' Khadijah Ibrahim. Tajuk- Ku pendam sebuah duka
Lagu ,' Bila Bunga-Bunga Berguguran' Artis - Ogy Ahmad Duad
Sepasang kurung biru, Khairil Johari Johar
Kepulangan, artis- Razis Ismail
Bersambung....
Ulasan
Catat Ulasan