Ingat lagi mase nak add engko kat fb. Mase tu aku pikir nak guna name tipu ke name betul. Mula-mula aku gune name tipu, tapi aku taruk sebahagian name betul aku. Gambar pulak mase tu aku tak bape ingat. Mase tu ko dah pun milik orang. Tapi aku tak tau nape aku jadi gile sampai macam tu. Mula-mula aku tunggu sampai malam. Engko tak approve pun. Esoknya baru ko approve kalau tak silap. Bila ko dah approve, aku pun tunggu la, mane tau kot2 ko nak PM aku ke, ataupun ko komen wall aku ke. Tunggu punya tunggu, takde ape pun berlaku. Last2 aku beranikan diri aku guna nama sebenar aku. Gambar profil aku letak lain tapi dalam album aku ada taruk gambar sebenar aku. Keputusannya pun sama jugak, lepas ko add aku, takde ape pun yang berlaku. Aku umpama menantikan ara yang tak mungkin bergetah. Kali ni aku dah tak remove2 dah engko. Aku update status sebanyak mungkin agar engko terlihat dan memahami aku sedikit sebanyak. Lama juga aku add ko kali ni, sehinggalah aku give up. Lalu aku pun remove engko dengan perasaan malu yang amat menebal. Setelah beberapa tahun berlalu, engko pun dah menimang cahaya mata, aku teringat nak tulis entry kat blog pasal kisah aku yang tak berape nak ade kaitan ngan engko. Aku cume ada kaitan dengan bayangan ko je. Kalaulah ko tak sengaja terbaca entry aku ni dan rasa ada kaitan dengan ko, aku just nak engko tau yang aku masih ingat kat ngko. Maafkan aku. Aku juga nak ngko tau bahawa ko tak sepatutnya membuatkan aku jatuh hati kat ko waktu tu. Ko tak sepatutnya menguji perasaan aku ni padahal ko takde ape-ape perasaan pun kat aku.
la tahzan.
BalasPadamjgn brsedih.
ni mesti baca tajuk je haha
BalasPadam