Status yang baik-baik hanya untuk orang yang baik? Betul ke?

Lumrahnya, fitrahnya , semua manusia cenderung ke arah kebaikan. Tetapi disebabkan manusia dipengaruhi oleh pelbagai unsur baik dan jahat semenjak manusia itu dilahirkan, maka manusia pun berubah dari fitrah asalnya itu.

Aku pernah lihat status facebook baru-baru ni. Aku 'stalk' facebook orang yang dianggap paling kejam ketika ini kerana melakukan rompakan dan pembunuhan yang tak berperikemanusiaan. Aku rasa korang pun tau siapa manusia ni. Dalam banyak-banyak status yang di update manusia ni, ada juga status yang baik-baik. Bercakap pasal agama dan sebagainya. Tapi akhirnya? Melakukan jenayah yang lebih kejam dari haiwan yang tak punya perasaan. Haiwan walau tak de perasaan pun , ia masih ada sifat kasih sayang. Sebab tu la aku anggap manusia macam ni lebih rendah kedudukannya dari haiwan walaupun pada hakikatnya tuhan mencipta kita lebih tinggi kedudukan dari haiwan. Dia sendiri yang menyebabkan dirinya begitu. Apa nak dikata lagi.

Lagi satu, tentang kalimah 'subhanallah'. Minta maaf cakap la. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni bukan nak cuba bagi ceramah dan jadi ustaz kat sini. Cuma ingin meluahkan perasaan aku sebagai orang Islam. Aku tengok sekarang ni ramai yang suke gune kalimah 'subhanallah' apabila dia nampak sesuatu yang indah atau menakjubkan. Actually ada sorang mala'un yang pernah buat jahat kat aku , kat wall facebook dia pun terlalu kerap guna kalimah ni. Aku khuatir sebab kebaikan tu hanya nak menunjuk-nunjuk. Pesan aku , janganlah kita jadi macam mala'un ni. Dia memang aku kenal, memang jahat . Aku tak berhasrat nak hurai kejahatan mala'un tu kat sini. Tapi apa yang boleh aku simpulkan, penggunaan kalimah 'subhanallah' telah tidak lagi diguna mengikut kesesuaiannya. Sebab tu mala'un yang aku kenal ni pun suke sangat guna kalimah ni sebab terikut-ikut orang lain. Mala'un ni biasanya nak tutup kejahatan dia saja, sebab tu update status macam tu. Sebenarnya kalimah yang paling sesuai digunakan untuk menyatakan rasa takjub atau indah terhadap kebesaran Allah adalah 'masya-Allah'. Tak silap aku, zaman dulu memang pakai masya-Allah. Entah bila sebenarya ia secara tiba-tiba telah 'switch' kepada subhanallah. Subhanallah juga sebenarnya betul, asalkan niat kita menyebut kalimah tersebut pada masa dan ketika itu betul. Tujuan asal subhanallah ni bermaksud yang kita terkejut atau pun kita cuba 'menyedarkan' diri kita dari kelalaian. Kita kan manusia yang selalu lalai. Jadi apabila kita terlihat sesuatu yang indah hingga melalaikan kita, di situ lah baru kita sebut 'subhanallah' supaya kita sentiasa ingat kepadaNya dan tidak terus hanyut dengan keindahan duniawi yang sementara itu. Wassalamualaikum.



Ulasan