Thursday, November 26, 2015

Biarkan ia pergi

Panjang ceritanya....namun aku muatkan di dalam entry ini sekadar yang aku mampu.

Secara lahiriahnya, manusia suka melakukan perkara-perkara yang baik. Namun kerana di dalam alam ini, selain daripada unsur baik, terdapat juga unsur tidak baik yang mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan manusia, maka manusia berubah. Ia adalah segala yang berkaitan dengan nafsu.

Kadangkala kita marah. Kadang kala kita menafikan hak orang lain demi kepentingan diri sendiri serta mungkin juga kepentingan orang-orang yang penting kepada kita. Namun semua yang kita berlaku tidak adil dan menganiayai itu sebenarnya berpunca daripada ketamakan yang didorong oleh hawa nafsu.

Ramai orang beranggapan, perkara-perkara remeh tidak perlu diperbesarkan. Nafsu juga memainkan peranan dalam memarakkan api permusuhan. Lalu perkara remeh akan jadi besar. Bila nafsu ammarah menguasai, manusia akan hilang pertimbangan, lalu berlaku lah perkara yang tidak diingini.

Aku pernah berhadapan dengan manusia yang mengikut hawa nafsunya. Lalu dia telah menghukum aku dengan nafsu kemarahannya. Aku tidak mampu berbuat apa kerana ketika itu aku lemah. Dalam masa yang sama, aku juga memiliki nafsu yang tidak pernah padam. Iaitu nafsu dendam. Aku sedar ia amat bahaya.Tetapi setelah 13 tahun berlalu, aku masih tidak dapat melupakan peristiwa itu. Aku masih berharap agar dapat bersemuka dengan mala'un itu. Aku akan menghukumnya dahulu, baru aku minta penjelasan. Manusia begini telah menyebabkan hidup aku tidak tenang. Aku telah menganggap semua manusia suka menghukum terlebih dahulu tanpa usul periksa.

Jikalau mala'un ni mampus sebelum dia meminta maaf dari aku, maka aku tuntut di akhirat segala amal kebajikan yang dilakukannya. Ketika itu, penyesalan yang tak terhingga akan menghantui mala'un itu buat selamanya,,

banner
Previous Post
Next Post

0 comments: