Tidak ada manusia yang dijamin akan setia terhadap manusia yang lain secara hakikat. Ini bermaksud, manusia boleh dikhianati dan mengkhianati. Tidak kira apa jua hubungan mereka samada suami-isteri, lelaki-perempuan, majikan-pekerja dan sebagainya.
Manusia kekal bertanggungjawab terhadap satu sama lain atas dasar saling percaya-mempercayai. Apabila kepercayaan ini dikhianati, baru lah kita akan melihat pengabaian, perceraian dan sebagainya.
Sesebuah hubungan itu juga kekal utuh disebabkan manfaat yang dapat dikongsi bersama. Contohnya, sepasang suami isteri dikatakan berkongsi kehidupan, dan kebahagiaan itu menjadi bertambah lagi seri dengan kehadiran cahaya mata di dalam hidup mereka.
Namun begitu, kebahagiaan itu tetap suatu objek yang subjektif. Saya rasa, kebahagiaan suami isteri yang dirasai bersama adalah berlainan di antara satu sama lain. Mungkin si suami merasa lebih bahagia berbanding si isteri dan begitu juga sebaliknya.
Walaubagaimanapun, di dalam situasi ini, si isteri mungkin mengambil langkah 'berdiam diri' bagi menjaga 'kepentingannya', walaupun dia sebenarnya tidak merasa bahagia sebagaimana si suami rasakan. Mungkin mereka telah beroleh beberapa cahaya mata, namun hakikatnya, hanya sebelah pihak yang benar-benar merasa bahagia.
Katakan bahawa, setelah bertahun-tahun bersama di dalam mahligai yang dibina, akhirnya si suami pulang menemui pencipta. Si suami tidak akan pernah tahu bahawa si isteri menyimpan suatu rahsia yang amat besar, iaitu si isteri tidak pernah benar-benar ikhlas menyayangi suami itu. Namun di sini, apa yang utama adalah bagaimana kehidupan si suami tersebut. Adakah sepanjang hidupnya di merasa bahagia atau pun sebaliknya.
P.S : Saya dah berumur 32 tahun dan masih bujang. Saya tak gembira pun jadi bujang sebenarnya , tapi saya redha dengan ketentuan ini. Walaupun yang saya tulis ini hanyalah cetusan idea, saya amat berharap bakal isteri saya nanti benar2 ikhlas menyayangi saya. Tetapi jikalau sebaliknya, saya minta tuhan akan tunjukkan kebenarannya.

Ulasan
Catat Ulasan