Menempelak golongan yang suka menghina golongan yang belum berkahwin

Selain perangai buruk manusia yang suka mengintai serta membuka aib manusia lain, terdapat juga perangai buruk manusia yang gemar menghina manusia lain berkenaan status manusia tersebut iaitu samada bujang atau telah berkahwin. Manusia begini sebenarnya mempunyai penyakit dalaman jiwa yang kronik. Kata Nabi, "Sesiapa yang menghina manusia lain kerana dosa yang dilakukan manusia tersebut, maka dia tidak akan mati sehingga dia melakukan dosa yang sama (tersebut)" -H.R Tirmizi (sahih).

Jadi di sini, kalau ada sesiapa yang pernah membuka aib manusia lain dengan alasan hanya kerana perasaan dengki semata-mata, maka beringatlah, kerana hadis ini telah pun menyatakan mengenai kesan yang akan berlaku akibat daripada perbuatan buruk tersebut.

Kadang-kadang ada juga manusia yang menghina manusia lain hanya kerana masih belum berkahwin . Ini juga termasuk di dalam kategori mengaibkan manusia tersebut jika manusia tersebut berasa terhina dengan kenyataan yang sedemikian. Jika manusia tersebut tidak berasa terhina sekalipun,  natijah daripada orang tersebut membuat kenyataan sedemikian hanya akan menimbulkan spekulasi manusia lain terhadap orang yang dikatakan atau dikaitkan.

Perkara biasa yang sering dilakukan daripada orang yang belum berkahwin kepada orang yang telah berkahwin adalah seperti mengatakan sesuatu yang berkaitan dengan zuriat iaitu anak. Contohnya si polan mengatakan kepada kawannya yang belum berkahwin bahawa dia telah pun memiliki sekurang-kurangnya seorang atau beberapa zuriat hasil daripada perkahwinannya sedangkan kawannya yang bujang itu dirasakan seolah-olah ketinggalan dan juga membazirkan masa kerana belum berkahwin. Jika direnungkan secara mendalam, soal jodoh dan ketentuan adalah daripada Allah S.W.T. Ramai juga manusia yang berkahwin itu bukan lah terdiri daripada golongan yang 'baik-baik' serta ramai juga manusia yang belum berkahwin pula adalah dari golongan mereka yang baik di sisi tuhannya. Jadi apakah hak manusia yang telah berkahwin itu untuk membuat kenyataan berkenaan manusia lain yang belum berkahwin? Jika isu zuriat ditimbulkan, ketahuilah bahawa, bagi seseorang lelaki berusia 13 tahun yang telah akil baligh, dia sebenarnya telah pun 'mampu' untuk memiliki zuriatnya sendiri samada secara perbuatan yang  halal seperti bernikah atau pun sebaliknya. Oleh itu janganlah selalu berkata sesuatu yang boleh membuatkan seseorang itu berasa kecil hati dan sebagainya. Fikirlah dahulu sebelum berkata.

Soal jodoh adalah urusan Allah. Daripada mengatakan sesuatu yang tidak mendatangkan pahala, malah hanya akan menambah dosa serta 'menghabiskan' pahala di akhirat kelak, lebih baik si polan tersebut yang gemar bercakap mengenai perkara di 'tepi kain' orang yang belum berkahwin, agar berhenti daripada terus melakukan perkara buruk tersebut dan mendoakan kebaikan kepada kawannya yang belum berkahwin supaya cepat bertemu jodoh .


P.S : Kahwin tu senang, asal baligh je dah boleh. Tapi untuk mendapat zuriat yang soleh, bukan semudah sebuah perkahwinan .

Larangan Menghina Berdasarkan Ayat Al-Qur'an:
  • Surah Al-Hujurat (49) Ayat 11
    "Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (karena) boleh jadi kaum yang diperolok-olokkan itu lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain, (karena) boleh jadi wanita-wanita yang diperolok-olokkan itu lebih baik dari wanita-wanita yang mengolok-olokkan) itu. Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman; dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". 
  • "...maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih". 


Soalan lazim



Hadits tentang menghina orang lain
Hukum menghina orang lain dalam Islam
ayat al-qur'an tentang menghina orang lain
Cara menghadapi orang yang Menghina kita dalam Islam
Orang yang suka menghina orang lain
Jangan menghina orang lain
Hadits tentang menghina fisik orang lain
Larangan mencela orang lain



Ulasan