Cabang-cabang dalam ilmu agama

Zaman sekarang, ramai yang pandai berceramah bab agama. Dia baca dan hurai ayat-ayat tertentu dalam al-Qur'an, sama atau pun lebih hebat daripada / dengan kalangan ustaz-ustaz. Tapi, tak sembahyang. Macam mana tu?

Solat terbahagi kepada dai'mun, fai'lun dan juga khosyi'un. Itu yang saya dengar. Tapi, boleh kah kalau kita berpegang hanya kepada salah satu perkara sahaja daripada tiga perkara tersebut? Mohon para ustaz memberi pencerahan tentang perkara ini. Sebab sebagai umat Islam, saya rasa wajib untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati saya ini, agar aqidah saya  ini tidak dipengaruhi oleh ilmu-ilmu yang tidak berlandaskan syariat yang benar.

Begitu juga cabang-cabang ilmu dalam agama seperti feqah dan syariat, makrifat dan tasawuf, tareqat dan sebagainya. Boleh kah ilmu-ilmu ini dipisah pisahkan? Saya dengar, ada salah satu daripada cabang ilmu ini setelah ditambah lebihan nama kepadanya sebagai contoh 'tareqat (x_x_x_x_)' -tempat kosong, (disembunyikan agar tidak menimbulkan fitnah) telah diisytiharkan sebagai sesat oleh JAKIM.  Tetapi melalui pengajian, saya dapati ada juga yang tidak sesat. Jadi, mungkinkah ilmu tersebut jadi sesat disebabkan ada dikalangan pengamal ilmu tersebut yang terpesong dek kerana kejahilan diri?




Ulasan