Manusia yang pertama dikatakan wujud sekitar 250 ke 350 ratus ribu tahun dahulu. Dalam tempoh ini, populasi manusia tidak pun mencecah 1 billion populasi. Pada masa sekarang, India dan Cina sahaja masing-masing mewakili populasi melebihi satu billion, diikuti rapat oleh Amerika Syarikat dan Indonesia. Indonesia pula mewakili populasi paling ramai umat Islam di dunia.
Dalam tempoh 200 tahun lepas, populasi manusia telah meningkat dengan drastiknya sehingga mencecah 7 billion. Pertambahan sebanyak 7 kali ganda dalam tempoh 200/200 000 iaitu mewakili 0.001% daripada keseluruhan tempoh kewujudan manusia. Ini adalah tempoh yang paling maksimum semenjak kewujudan manusia pertama. Ada juga kajian yang menyatakan manusia pertama mungkin wujud lebih lambat dari itu iaitu sekitar 1/4 daripada 200 ribu tahun iaitu bersamaan 50 000. Pada hemat saya, angka ini lebih logik kerana pada jumlah 50 000 tahun ke atas, kemungkinan hidupan yang wujud pada ketika itu adalah lebih primitif homo neanderthal atau homo erectus berbanding homo sapiens (manusia) yang lebih moden struktur biologinya.
Ketika Islam berkembang suatu ketika dahulu, iaitu sebelum 1800 tahun masihi, populasi manusia sangat sedikit berbanding sekarang. Ini mungkin disebabkan kadar kematian manusia akibat penyakit berjangkit amat tinggi serta teknologi perubatan yang belum mencapai tahap yang memuaskan seperti sekarang.
Kewujudan vaksin pertama adalah pada tahun 1796, iaitu sekitar 200 tahun yang lampau. Mungkin ini lah sebab utama kepada peningkatan populasi manusia yang mendadak. Graf populasi manusia sejak 200 tahun yang lalu juga adalah eksponen dengan kadar peningkatan yang berbentuk hampir menegak. Sebagai perbandingan, sebelum 200 tahun yang lepas pula, graf populasi manusia adalah meningkat pada kadar yang amat perlahan serta hampir mendatar.
Pemanasan global yang berlaku pada ketika ini amat berkait rapat dengan peningkatan aktiviti ekonomi manusia yang juga disebabkan oleh peningkatan populasi manusia secara langsung. Kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon yang menyebabkan pencairan ais di kedua belah kutub Bumi, juga peningkatan air laut, semuanya adalah disebabkan oleh pertambahan populasi yang terlampau.
Oleh kerana manusia adalah makhuk yang paling berdikari serta mampu selamat di atas muka bumi berbanding hidupan lain seperti haiwan dan sebagainya (tidak termasuk virus dan bakteria), maka manusia dapat memanjangkan tempoh generasi mereka di atas muka bumi ini kepada tempoh yang tidak terhingga. Ini terbukti apabila haiwan pra sejarah juga tidak mampu selamat daripada bencana alam dan sebagainya, sehingga akhirnya semua haiwan ini pupus.
Salah satu ikhtiar manusia untuk menyambung kesinambungan generasi manusia seterusnya adalah melalui kajian sains. Sebagai contoh, pola pemakanan manusia amat berkait rapat dengan pemanasan global. Ini kerana, haiwan pedaging seperti lembu dan menghasilkan gas metana sekitar 120 kilogram setahun. Jumlah ini jauh lebih buruk berbanding pencemaran yang dihasilkan oleh kenderaan-kenderaan di seluruh dunia. Jika manusia mengubah pola pemakanan dengan mengurangkan protein haiwan, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan pemanasan global yang juga disebabkan oleh aktiviti perekonomian manusia.
Kajian terbaru yang dilakukan oleh saintis dalam tempoh kebelakangan ini adalah menghasilkan daging yang boleh 'bertambah' dengan sendirinya, yang diambil daripada haiwan yang telah disembelih atau diproses. Kaedah ini menggunakan kaedah pengkulturan sel stem embrio haiwan daripada bidang bioteknologi.
Mengikut teori akhir zaman, populasi manusia mungkin berjumlah satu perempat daripada keseluruhan populasi. Jika ini benar, maka pemerintahan pada waktu itu akan lebih effisien kerana manusia mungkin diperintah oleh pemerintahan yang sedikit, menyebabkan kurang pencanggahan pendapat di antara golongan manusia . Keadaan ini adalah sama seperti ketika empayar Islam terbentuk pada suatu ketika dahulu.

Ulasan
Catat Ulasan