Konflik antara negara tidak semudah konflik di antara dua orang manusia. Konflik di antara manusia biasanya terhenti apabila berlakunya pergaduhan dan setelah yang lemah ditewaskan oleh yang kuat, dan yang kalah biasanya akan mengaku kalah. Walaupun terdapat episod seterusnya, ini adalah jarang berlaku dan kebiasannya yang kalah masih merasa kekalahannya adalah disebabkan 'sesuatu' yang menyebabkan dia kalah. Contohnya campur tangan pihak ketiga, pemenang guna taktik kotor dan sebagainya.
Amerika dan Cina, dua kuasa besar. Ditambah dengan Rusia. Siapa yang anda rasa akan menjadi orang tengah? Ketiga-tiga negara ini sudah merupakan kuasa besar di atas muka bumi ini. Jadi semestinya konflik geopolitik tidak akan mudah diselesaikan, melainkan dengan kehendak takdir.
Putin iaitu Presiden Rusia kini, pernah menyatakan mengapa beliau menambah bilangan peledak nuklear walaupun Amerika telah melarang perbuatan tersebut. Jawapannya adalah kerana Amerika juga memungkiri janji dengan menambah bilangan arsenal nuklearnya. Beliau menambah bahawa alasan diberikan Amerika adalah bagi mengimbangi dan melindungi negaranya daripada kebangkitan persenjataan nuklear Iran.
Kita tahu bahawa setiap negara yang mempunyai nuklear juga biasanya mempunyai sistem pertahanan bagi menepis senjata nuklear negara lain sekiranya dilancarkan dari negara tersebut. Yang menjadi persoalan adalah berapakah sebenarnya bilangan nuklear di negara masing-masing. Bilangan ini sebenarnya mungkin diketahui secara sulit ataupun risikan. Walaupun sering berlaku perjumpaan rasmi antara presiden, namun bagi negara yang tidak pernah mempercayai antara satu sama lain, sudah semestinya bilangan sebenar tidak akan dinyatakan secara tepat. Di sini, perasaan curiga antara negara lah punca kepada peningkatan peledak-peledak nuklear di seluruh dunia.
Pada masa sekarang , Amerika telah menambah lagi bilangan anti-ballistic missile kerana merasakan ancaman daripada Rusia dan sekutunya, terutama ketika perang antara Rusia, Ukraine dan NATO kian memuncak. Di sinilah pentingnya kesiapsiagaan antara negara bagi menghadapi apa jua kemungkinan. Jika berlaku perang nuklear yang berpunca daripada sebuah negara, ianya sukar untuk dihentikan sehinggalah yang kalah jadi debu dan yang menang menjadi arang.
Ulasan
Catat Ulasan