Sebenarnya memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tidak membatalkan puasa. Semasa dalam pertengahan tahun 90-an ketika saya masih di sekolah menengah, memang silibus pendidikan Islam di sekolah menyatakan sedemikian.
Kebanyakan daripada kita juga sedia maklum akan hukum dan perkara berkaitan. Namun ia mula dibincangkan dengan mendalam bermula tahun 2009 seingat saya. Maka hukum ini tidak lagi terpakai . Cuma ia mempunyai beberapa syarat dan pengecualian yang tetap akan membatalkan puasa jika memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
Contohnya perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti mulut dan kemaluan (dubur dan qubul). Perbuatan ini mempunyai tahap-tahap dan kemashlahatan tertentu yang menentukan samada puasa batal ataupun tidak. Walaubagaimanapun, perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tanpa sengaja adalah tidak membatalkan puasa kita. Selain itu memasukkan jarum suntikan (injection) atas sebab darurat , contohnya seperti menerima rawatan di klinik kesihatan dan hospital juga dikira tidak membatalkan puasa.
Terdapat juga hukum mengenai mengorek hidung atau telinga, adakah ia membatalkan puasa kerana dianggap memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Menurut laman web mufti wilayah, perbuatan tersebut mempunyai cara dan had tertentu. Anda boleh rujuk pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut. Sekian dahulu. Assalam.
Rujukan :
Mufti of Federal Territory's Office :
Ulasan
Catat Ulasan