Adakah tariff import yang dikenakan Trump akan berjaya menjadikan America Great Again

 Selama ini kebanyakan negara yang bergantung kepada matawang dollar dan mengeksport barangan ke Amerika menikmati kemakmuran hasil dari matawang dollar. Amerika juga bergantung kepada negara-negara lain di dunia kerana perdagangan adalah mengikut konsep trade balance iaitu samada trade deficit atau trade surplus. Oleh kerana negara-negara seperti kita, China dan kebanyakan negara di Asia Tenggara mengeksport ke Amerika, maka negara-negara ini mendapat trade surplus manakala Amerika selama ini dalam keadaan trade deficit.

Trade deficit yang dialami Amerika merupakan punca hutangnya meningkat sehingga berpuluh-puluh trillion. Kekuatan ekonomi Amerika juga berpunca daripada kekuatan teknologi dan matawangnya. Amerika bergantung kepada negara seperti China bagi menghasilkan produk-produknya dalam kos yang amat murah disebabkan kos modal insan yang murah di China. Barangan ini kemudiannya dapat dijual semula ke seluruh dunia untuk mendapatkan hasil. Jadi apakah kesannya terhadap ekonomi Amerika dengan balasan tariff import yang dikenakan Trump kepada negara kita dan negara-negara lain?

Bagi menjawab persoalan ini, terdapat dua aspek yang perlu dilihat. Aspek jangka masa pendek dan panjang. Oleh kerana kenaikan tariff ini  merupakan yang tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah, agak sukar untuk meramalkan apa yang mungkin berlaku dalam masa terdekat. Bayangkan jika China sudah tidak lagi mampu untuk menghasilkan produk-produk US setelah beberapa waktu berlalu. Kenungkinan pada akhirnya US akan menghasilkan sendiri produk-produknya dan ini pasti menguntungkan US kerana tiada lagi modal yang perlu dikeluarkan. Namun itu adalah kesan jangka masa panjang dan juga jika tariff import Trump ini berjaya. Jika kemselesetan berlaku dalam masa terdekat, ini akan menjadi kemelesetan global dan saya juga tidak dapat meramal sejauh mana kemelesetan ini . Adakah ini akan menjadi the Great Depression seperti dalam tahun 1930-an dahulu?


Ulasan