Aku tahu dan faham psikologi manusia cuma aku tak tahu nak tackle

 Tackle dalam permainan bola sepak memerlukan ketepatan dan kemahiran yang tinggi. Jika pemain tersalah tackle dan tackle kaki pemain lain padahal dia sepatutnya tackle bola, risiko dan bahaya menanti sekiranya dia diberi amaran oleh ref, apatah lagi jika dia mendapat kad merah, pastinya permainan dia akan terhenti di situ.

Begitu juga aku, kebanyakan masa aku memang faham dan tahu psikologi manusia hanya melalui reaksi ekspressi dan mimik wajah, dan juga bahasa tubuh-body language, kan? Aku tahu engkorang pun pandai juga mentafsir begitu, kita manusia kebanyakannya mampu membaca tingkahlaku manusia lain, cuma samada bacaan tu betul atau tidak. Selalu yang aku nampak, korang memang selalu tersalah baca, terutamanya kalau engkorang cuba nak perhati tingkahlaku aku untuk dijadikan bahan cerita. Sangat buruk sekali perangai manusia hari ini.

Kebiasaannya yang jahil atau dalam bahasa kasarnya, bahasa utara, bodo piang, adalah mereka yang mempunyai tahap yang biasa-biasa. Maksud aku, mungkin dari segi umur dan juga dari segi tahap pendidikan. Kebiasaannya begitulah. Engkorang ni budak sangat lagi, belum cukup pengalaman untuk menilai manusia lain yang dah lalui macam-macam peristiwa dan pengalaman dik. Aku pun selalu rasa kelakar dengan engkorang ni bila nak berbicara atau berinteraksi. Contoh dik, kalau awak cuma tahap Sijil Pelajaran Malaysia, kemudian nak nilai fikiran atau tingkah laku orang lain, berapa layer atau tapisan yang awak akan buat? Contoh, seseorang bagitau awak yang dia tu seorang penipu. Satu hari si penipu tu bagitahu awak sesuatu dan awak percaya. Tak lama lepas tu awak dapat tahu bahawa perkara tersebut tidak betul. Terus awak percaya orang yang bagitahu kat awak tentang si penipu tersebut. Awak mudah terpengaruh dik, sebab awak kurang belajar. Orang yang belajar tinggi sampai ijazah atau mungkin PHD, otak mereka dah terlatih untuk berfikir secara mendalam, berlapisan, dan kritis serta kreatif. Mereka tak mudah terima sesuatu itu bulat-bulat. Diorang akan berfikir dahulu , dan mengkaji, walaupun tidak ada masa untuk menyiasat atau menyelidik. Tahu tak orang yang awak percaya si penipu tu tipu apa? Dia tipu yang syarikat akan bagi bonus 2 bulan sahaja. Sebenarnya syarikat nak bagi 5 bulan. Tujuannya supaya bos besar terdengar dan akan menaikkan bonus kerana rasa tercabar dengan pekerja yang cemerlang seperti si penipu ni, bukan macam ko yang pemalas dan senang terpengaruh. Akhirnya bos besar setuju naikkan bonus sebanyak 5 bulan kecuali engkau, sebab si penipu ni tadi dah bagitau kat bos, yang orang macam kau ni kuat mengata , pemalas, senang terpengaruh , serta BODO PIANG!!

P.S 1 : Maaf kerana PENAFIAN di ayat yang terakhir penulisan
P.S 2 : Artikel ini tidak bertujuan mengata/meremehkan mana-mana golongan,sebaliknya hanya sebagai pedoman dan renungan bersama (jika sifat/tingkahlaku berkaitan)
P.S 3 : Yang baik dijadikan pengajaran yang buruk dijadikan sempadan

Ulasan