Beberapa kali kucuba mengingatkan diriku tentang keterlupaanku

 Tidur malam semalam aku rasa kurang nyenyak. Mungkin sebab keadaan bantal yang kurang baik, menyebabkan lena aku terganggu. Walau terganggu, aku tetap bermimpi dalam separa sedar. Aku mimpi arwah abah dan  arwah sepupu, anak kepada kepada adik perempuan arwah abah, iaitu makcik aku. Dalam mimpi semalam , aku langsung tak teringat yang mereka berdua telah tiada.

Aku nampak dalam mimpi macam mereka seperti berselisih faham, sesuatu yang tak pernah aku nampak semasa mereka masih hidup. Cuma aku dah lupa mengenai perkara yang menyebabkan mereka tak sependapat. Arwah abah sangat sayang anak menakannnya itu, iaitu sepupuku. Tapi aku lebih rapat dengan sepupu di sebelah emak, walaupun ada juga yang dah tak seperti masa kecil dulu.

Lepas subuh , aku terlelap sekejap. Kali ni mimpi pula sepupu sebelah emak. Dalam mimpi yang sekejap tu, keadaan yang serupa, aku langsung tak teringat sepupu sebelah emak yang meninggal bulan lepas dah meninggal.Aku nampak dia melayan karenah anak-anaknya , yang masih kecil. Semasa aku menaip ni, aku terasa hiba. Dia antara sepupu yang aku paling rapat. Dia juga rapat dan sangat baik dengan aku.

Kenapa aku bermimpi mereka semua. Adakah...



Ulasan