First time makan nasi kerabu

 Seingat aku first time makan nasi kerabu pada tahun 2001. Itu pun sebab kawan Kelantan aku yang ajar. Masa tu aku dah 18 tahun. Mase kecik memang aku tak pernah jumpa pun nasi jenis ni. Aku rasa korang pun tak makan lagi masa tu. Kalau dah lahir lah. Maklum lah, dalam online ni kan ramai gen Z dan alpha. Ikut taburan populasi taburan normalnya begitu lah. Makin ke atas, makin berkurang.

Tapi serius, korang yang sebaya atau lebih tua dari aku pun mungkin belum pernah makan sebelum tahun 2000. Sebab memang tak pernah jumpa kat mana2 melainkan di Kelatan only. Mungkin sebab rakyat Malaysia masa tu belum biasa dengan nasi warna biru. Serius aku masa first time tengok memang kurang menarik perhatian sebab warnanya. Masa tahun 2001 lah. Sekarang dah OK. Maksud aku sejak aku try makan. Tak sangka, warna biru tu tak menggambarkan kesedapan sebenar nasi tersebut. Korang pun sebenarnya pun masa mula2 tak biasa juga kan? Jangan tipu la. Pak cik aku yang duduk Shah Ale dalam tahun 2003 dulu pun tak makan nasi kerabu. Tapi bila dia dah try, baru dia tau yang nasi kerabu rupanya sedap. Masa kami kat Klang (2003). Dia dapat tender projek. Aku kerja dengan dia. Kitorang makan kat sebuah food court kat Klang. Mungkin salah satu gerai tu milik orang Kelantan. Dia tengok je aku makan. Pastu tanya aku OK ke. Aku cakap OK. Tak lame lepas tu dia pun try. Sejak tu baru dia tau yang nasi kerabu memang sedap walaupun kaler biru. Tahun 2026 ni dia dah 70 lebih umur. Aku pun dah melepasi middle age. 

Lagi satu makanan rare yang mungkin susah nak jumpa selain di Kelantan adalah colek. First time aku try colek ayam kat Kelantan pada tahun yang sama (2001), memang tak dapat lupe. Sedap yakmat. Tapi selalunya bulan puasa le banyak. Lepas berbuka. Makan time supper, lepas terawih. Memang syahdu. Bile aku balik kat kampung halaman, aku dah tak jumpe colek ni. Kat negeri korang (selain pantai timur) ade tak colek ni? Lain-lain macam ayam percik kuah putih, kuih tahi itik dan akok,  puteri mandi semua tu biase lah. Peristiwa ni memang dah lama. 2026-2001 = 25 tahun. Lame sangat dah. Kalau ade anak, memang dah boleh kawin dah pun, hehe.

Last sekali makanan rare adalah etak. Aku tak pernah try. Tapi aku tengok care wrapping dia macam bungkus kacang kuda zaman dulu2. Boleh makan sambil jalan2. Tapi aku tak pernah try. Ade sekali tu kawan Kelantan offer mase kitorang tengah tunggu bas ekspress masing2 masa cuti semester kat Kota Bharu. Tapi aku tolak pelawaan dia dengan baik. Aku rasa etak tu siput. Siput sungai kan?

Kota Bharu zaman tu ada beberapa je supermarket. Tapi aku dah tak ingat nama2 dia. Sekarang dah macam2. Dulu JUSCO pun belum ada.Rasanya supermarket yang paling besar ialah Billion. Ialah ke adalah? hahaha. AKu BM mase SPM dapat A, tapi bab ialah/adalah ni je yang lemah sikit. aCTUALLY aku baru lepas sahur. Nak mengelakkan kat mengantuk sebelum subuh, ini lah aktiviti aku, menulis ....



Ulasan