Terkenang peristiwa di bulan Ramadhan suatu ketika dulu

 Masih ingat lagi, tahun 2003. Lepas terkandas di matriks, aku cuba apply tempat lain pulak. Akhirnya, aku dapat study kat sebuah IPTA dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Tapi bak kata senior-senior aku time tu, semakin naik semester, akan semakin berkurang bilangan pelajar (sebab ramai yang akan gagal di bawah pointer minimum, yang menyebabkan diorang dismissed- tak boleh repeat lagi). Masa tu, sape yang dapat maintain pointer sampai grad dah dikira baik.

Masa dapat study kat situ, memang la rasa bangga. Cuma fikiran saja asyik berperang. Entah apa yang tak kena. Nak study engineering , dah dapat. Tapi masalah aku masa tu, suka bagi alasan kat diri aku sendiri. Cth : aku sepatutnya tak payah cuba belajar lagi dah, sebab aku dah belajar sebelum ni, lebih baik aku buat bisnes. Tapi kalau buat bisnes, macam mana nak belajar. Buat bisnes part time?' Soalan yang aku sendiri tak boleh jawab.

Sepanjang seminggu orientasi, aku rasa stress. Macam kena ulang balik apa yang aku dah pernah buat sebelum ni. Tapi aku just go through jugak.Akhirnya orientasi berakhir. Lepas orientasi, IPT tu buat satu lagi program. Program bersama PTPTN. Rupanya kena apply, sebab ada yang pakai duit sendiri. Melalui pemerhatian aku waktu tu, memang ramai yang apply. Masa diorang apply, aku tertengok lah keputusan SPM diorang. Aku nampak ada yang result cukup makan. Ada yang tak kredit subjek tertentu dan sebagainya. Masa tu aku tak berapa kisah pun. Tapi orang terdekat aku cakap keputusan SPM aku overall agak baik. Rupanya memang ada IPTA yang matlamatnya untuk membantu bumiputera.


Aku masa tu belum ada steady best friend. Aku just harap akan ada yang tegur aku. Akhirnya ada juga. Aku masih ingat nama dia. Fizi. Aku kagum dengan dia. Kisah dia membuat aku terfikir bahawa jika kita ingin berubah, pasti kita akan dapat melakukannya jika kita bersungguh-sungguh. Kitorang sebenarnya boleh je keluar masuk kampus. Cuma masa tu aku ada transport, Fizi takde. So dia la yang akan teman aku kalau aku ajak di pergi jalan2. Waktu tu memang best walaupun aku mengalami krisis identiti yang agak teruk. Best sebab aku belum ada tanggungjawab. Dan keadaan masa tu pun agak chill. Ekonomi pun agak baik. 


Lepas Fizi, ada sorang lagi kawan aku. Sama kes macam Fizi, dia datang sebelah aku masa kitorang ramai2 tengah dengar taklimat di satu program IPTA. Malangnya nama dia aku dah tak ingat. Yang aku ingat, dia orang Kelantan. Aku anggap nama dia Ahmad je lah ye. Panggilan singkat mad. Mad ni lah yang banyak bagi aku idea tentang bisnes. Aku pun terikut dengan idea-idea bernas dia. Ada sekali tu , kitorang gi satu kedai jual fon. Dia tanya tauke fon tu untuk kawtim bisnes. Last2 tauke tu pun ajak dia jadi reseller untuk simkad kedai dia. Tapi last2 kita tak join pun. Cost related kot kalau tak silap. Sebab kena beli dulu dari dia simkad2 tu.

Malam tu kitorang buka puasa kat satu restoran mamak. Aku tak tau macam mana nak explain time tu. Suasana kedai agak tenang. Mungkin ramai yang berbuka di masjid, surau dan rumah masing-masing. Orang tak ramai. Kami lepak kat bahagian luar. Ada something yang aku tak dapat explain masa tu. Vibe kat restoran tu buat aku rasa sangat calm. Masa tu rasanya dah lebih 10 hari puasa. Adakah effect daripada puasa berhari-hari? Atau adakah kerana air kopi yang aku minum kat restoran tu. Tapi yang aku ingat, memang Ramadhan tahun tu la yang paling aku terkenang , sampai sekarang.


Ulasan