Tak kisah lah bidaah ke ape, janji ziarah, daripada tak ziarah langsung. Bukan ape, masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Time raye lah nak berkumpul pun. Setahun sekali je. At least dapat la mengenang kembali di samping dapat mendoakan arwah bersama-sama. Lagipun doa dari jauh dan di depan mata vibe dia lain. Korang tak macam tu?
Dulu aku selalu tengok arwah berdoa dan mengalirkan air mata tiap kali menziarah kubur ibu dan bapanya, iaitu datuk dan nenek aku. Sekarang giliran aku pula buat perkara yang sama. Al -fatihah..
Sebenarnya kalau diikutkan, aku pun dh semakin hampir. Ye lah, dah lepas four series. Kalau ade 5 waktu aku ni dah dikira waktu asar. Dah dekat maghrib dah. Kalau dah masuk maghrib, maksudnya lagi lah dekat, sebab maghrib ke isya kan singkat.
Aku selalu terfikir, kenapa manusia selalu mengikut nafsu. Maksudnya terlalu materialistik. Tak salah kalau nak tamak pun, tapi berpada-pada lah. Ade yang tamak hingga tergamak mengaib dan menjatuhkan maruah manusia lain, semata-mata ingin kan habuan dunia. Berbaloi kah dengan kehidupan yang singkat ini? Macam mane lah dia nak minta maaf dekat orang tu kan esok2. Hmm..
Aku pun banyak kekurangan. Kadang-kadang aku rasa down jugak. Mustahil lah kalau semedang je happy. Nama pun manusia. Ada emosi. So, bila aku down, aku selalu ingatkan diri aku tentang orang lain yang tak bernasib baik. Dari situ aku akan rasa bersyukur sebab kiranya ada lagi yang lebih malang dari aku. At least kita akan rasa kita tak keseorangan.
Kena selalu ingat bahawa tak semua yang kita inginkan atau impikan , akan kita gapai dan miliki. Tapi tak salah untuk terus memasang impian dan cita-cita. Itu lah yang akan memotivasi kan diri kita. Ok lah, setakat ini dulu celoteh untuk kali ini. Jumpa lagi di coretan akan datang. All the best.
Ulasan
Catat Ulasan